Saturday, April 2, 2016

Pantun Ubat....



           Assalamualaikum wrwb..              


Pohonan rimba bertamu dedap,
Kabutlah rawan di petang hari;
Pantunan hamba buatmu tatap,
Jemputlah tuan datang kemari..

Benak sekali ranjau berduri,
Lambat Cik Puan membawa bambu;
Anak kembali rantau negeri,
TERUBAT rawan di jiwa ibu..

Cangkat sumur merentang bukit,
Guna perigi tebat ke paya;
Meningkat umur datang penyakit,
Ke mana pergi UBAT tersedia..

Mencari kuini merata pekan,
Berjalan fakir tiada lelah;
Naluri insani kita UBATKAN,
Dengan berzikir kepada Allah..

Burung tempua ternanti-nanti,
Di pohon ara dekat di kolam;
Murung di jiwa dapat DIUBATI,
Bangun segera bersolat malam..






Kalam berpena..
Ummi'Ain