Tuesday, March 31, 2015

Pantun Nilai-nilai Murni...



Assalamu’alaikum wrwb..






Jom Kita Berpantun...


Bertamu lawa biasan cahaya,
Menyerlah awan indah tindani;
Buatmu semua cebisan karya,
Silalah tuan puan bermadah seni..

Alas talam bersila makan,
Sirap selasih kembang menjadi;
Ikhlas dalam segala tindakan,
Sikap yang bersih seimbang budi..

Terbang merpati ke taman pusara,
Terlihat menitis pusara berumur;
Berkembang komuniti aman negara,
Rakyat harmonis negara makmur.

Tadah cembul di muara deras,
Teluklah cangkat anginnya kencang;
Sudah timbul perkara lepas,
Eloklah muafakat bawa bincang...

Menyula ke mana tepian jeram,
Seberang paya melata ikan;
Bila mengguna kenderaan awam,
Yang kurang upaya kita dahulukan.

Di redup muara seekor angsa,
Turun gerimis berenang-renangan;
Hidup senegara makmur bangsa,
Rukun harmonis tenang dan aman..

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Berati membawa setandan kelapa,
Naik sampan mereng seliku;
Hormati kedua ibu dan bapa,
Baik ucapan seiring kelaku..

Rawan mega di ulu titian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Ikan gelama bermain pukat,
Ikan siakap memakan plastik;
Vandalisma semakin meningkat,
Tanamkan sikap kesedaran sivik...

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Kilauan jalur lawa berbunga,
Berenda jarang semat di baldu;
Bantuan dihulur jiwa dan raga,
Kepada orang yang sangat memerlu..

Rawan mega di Ulu Kerian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Putik dijolok buahnya nona,
Cahaya tindani kudup terkulai;
Didik elok latarnya sempurna,
Nescaya murni hidup bernilai...

Mula bonda berpakaian abaya,
Jarang abaya minta dilapikkan;
Bila berada di jalanraya,
Kurang upaya kita dahulukan.

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Pegaga diramas kerabu campuran,
Lada benggala dimayang-mayang;
Warga emas perlu dititikberatkan,
Muda pula dikasih disayang..

Menggalah sawa bertindan buah,
Nangka menyerlah buahan tua;
Hormatilah kedua ibu dan ayah,
Mereka adalah permulaan semua..

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Di pantai renangi dikelam mentari,
Kemudi lautan sampan tepian;
Nilai murni di dalam diri,
Menjadi ikutan kehidupan seharian..

Ikan gelama bermain pukat,
Ikan siakap memakan plastik;
Vandalisma semakin meningkat,
Tanamkan sikap kesedaran sivik...

Terbang merpati ke batu pusara,
Saat gerimis pusara berumur;
Berkembang integriti satu negara,
Rakyat harmonis negara makmur...

Kalau sepat kerang dan kelah, 
Keliling pukat menyua ketuka;
Kalau terdapat sebarang masalah,
Saling muafakat bawa semuka..

Gugur kelapa jalan tindani,
Hampir ranum sibuah bidara;
Bertegur sapa amalan murni,
Ukir senyum bertambah mesra..

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti; 
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Kilauan jalur lawa berbunga,
Berenda jarang semat di baldu;
Bantuan dihulur jiwa dan raga,
Kepada orang yang sangat memerlu..

Rawan mega di Ulu Kerian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran; 
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Dini selisih imbauan jerebu,
Jerebu seberang sudah menanti;
Semurni kasih kerinduan ibu,
Ibu seorang masihkah dihati....

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Putik dijolok buahnya nona,
Cahaya tindani kudup terkulai;
Didik elok latarnya sempurna,
Nescaya murni hidup bernilai...




Kalam berpena...
UmmiAin

1 comment:

  1. Indah nian pantunnya. Aku suka sekali dengan budaya Melayu. Termasuk pantun...

    Gina - syairko.com.

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^