Tuesday, March 31, 2015

Pantun Nilai-nilai Murni...



Assalamu’alaikum wrwb..






Jom Kita Berpantun...


Bertamu lawa biasan cahaya,
Menyerlah awan indah tindani;
Buatmu semua cebisan karya,
Silalah tuan puan bermadah seni..

Alas talam bersila makan,
Sirap selasih kembang menjadi;
Ikhlas dalam segala tindakan,
Sikap yang bersih seimbang budi..

Terbang merpati ke taman pusara,
Terlihat menitis pusara berumur;
Berkembang komuniti aman negara,
Rakyat harmonis negara makmur.

Tadah cembul di muara deras,
Teluklah cangkat anginnya kencang;
Sudah timbul perkara lepas,
Eloklah muafakat bawa bincang...

Menyula ke mana tepian jeram,
Seberang paya melata ikan;
Bila mengguna kenderaan awam,
Yang kurang upaya kita dahulukan.

Di redup muara seekor angsa,
Turun gerimis berenang-renangan;
Hidup senegara makmur bangsa,
Rukun harmonis tenang dan aman..

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Berati membawa setandan kelapa,
Naik sampan mereng seliku;
Hormati kedua ibu dan bapa,
Baik ucapan seiring kelaku..

Rawan mega di ulu titian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Ikan gelama bermain pukat,
Ikan siakap memakan plastik;
Vandalisma semakin meningkat,
Tanamkan sikap kesedaran sivik...

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Kilauan jalur lawa berbunga,
Berenda jarang semat di baldu;
Bantuan dihulur jiwa dan raga,
Kepada orang yang sangat memerlu..

Rawan mega di Ulu Kerian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Putik dijolok buahnya nona,
Cahaya tindani kudup terkulai;
Didik elok latarnya sempurna,
Nescaya murni hidup bernilai...

Mula bonda berpakaian abaya,
Jarang abaya minta dilapikkan;
Bila berada di jalanraya,
Kurang upaya kita dahulukan.

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Pegaga diramas kerabu campuran,
Lada benggala dimayang-mayang;
Warga emas perlu dititikberatkan,
Muda pula dikasih disayang..

Menggalah sawa bertindan buah,
Nangka menyerlah buahan tua;
Hormatilah kedua ibu dan ayah,
Mereka adalah permulaan semua..

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Di pantai renangi dikelam mentari,
Kemudi lautan sampan tepian;
Nilai murni di dalam diri,
Menjadi ikutan kehidupan seharian..

Ikan gelama bermain pukat,
Ikan siakap memakan plastik;
Vandalisma semakin meningkat,
Tanamkan sikap kesedaran sivik...

Terbang merpati ke batu pusara,
Saat gerimis pusara berumur;
Berkembang integriti satu negara,
Rakyat harmonis negara makmur...

Kalau sepat kerang dan kelah, 
Keliling pukat menyua ketuka;
Kalau terdapat sebarang masalah,
Saling muafakat bawa semuka..

Gugur kelapa jalan tindani,
Hampir ranum sibuah bidara;
Bertegur sapa amalan murni,
Ukir senyum bertambah mesra..

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti; 
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Kilauan jalur lawa berbunga,
Berenda jarang semat di baldu;
Bantuan dihulur jiwa dan raga,
Kepada orang yang sangat memerlu..

Rawan mega di Ulu Kerian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran; 
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Dini selisih imbauan jerebu,
Jerebu seberang sudah menanti;
Semurni kasih kerinduan ibu,
Ibu seorang masihkah dihati....

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Putik dijolok buahnya nona,
Cahaya tindani kudup terkulai;
Didik elok latarnya sempurna,
Nescaya murni hidup bernilai...




Kalam berpena...
UmmiAin

Tuesday, March 24, 2015

Pantun Dalam Gambar....



Assalamu’alaikum wrwb..


Assalamu'alaikum duhai teman-teman dan sahabat Ummi sekelian yang dirindui,,,sangatlah rindu di dalam hati.....apa khabar semua...semoga sihat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah swt....aamiin
Sempena tarikh lahir Ummi semalam, kali ini Ummi postkan koleksi pantun dalam gambar karya Ummi dari FB dengan pelbagai tajuk istimewa untuk tatapan anda sekelian..ya ^^



























Begitulah pantun Ummi kali ini...diharap sahabat Ummi sekelian sudi membacanya walau tak seindah rupa ya....kita pasti akan bertemu di episod lain....in sya Allah.

Salam sayang teramat rindu buat anda semua...... <3


Kalam berpena....
UmmiAin

Sunday, March 22, 2015

Pantun Kurang...



Assalamu’alaikum wrwb..





Jom Kita Berpantun...


Meruntun terang imbauan rimba,
Pandang kilauan paya berlinang;
Pantun KURANG rangkaian hamba,
Bertandang tuan saya terkenang..

Asah pahat bertitisan air,
Sayang parang tepi rekahan;
Usah dilihat KEKURANGAN  zahir,
Orang yang KURANG miliki kelebihan..

Kelami lautan senja imbauan,
Di sebelah teluk daik berikan;
Demi penjimatan belanja harian,
Membeli-belah elok DIKURANGKAN..

Berlalu tinggi di angkasa biru,
Helang mencari pohon teduhan;
Perlu DIKURANGI rasa cemburu,
Bergalang iri bertahun permusuhan..

Orangnya bertamu di malam persada,
Ikan pari perasanya barbekiu;
KURANGNYA ilmu di dalam dada,
Rajinkan diri membaca buku..

Denak bersarang di tepi selasih,
Di celah rekahan memakan hama;
Anak KURANG diberi kasih,
Tersisihlah asuhan didikan agama..

Mungkinkah selasih dipagut kedidi,
Tumbuh di padang jarang-jarangan;
Makinkah terkasih berpaut budi,
Jauh di pandang BERKURANG jangan..

Orang menangkap di reban ayam,
Catukkan mula sarang berbulu;
KURANG bercakap bukan pendiam,
Bukan pula seorang pemalu..

Perang berangan selisih ceri,
Imbauan mangga dedalu berhelai;
TERKURANG jangan kasih diberi,
Haiwan juga perlu dibelai..

Menyula sarang pegaga beralih,
Pohon merimbun buluh berdiri..
Segala TERKURANG juga terlebih,
Mohon ampun sepuluh jari..



Kalam berpena...
UmmiAin