Monday, June 30, 2014

Pantun Jiwa Hamba Puasa Kedua...





Assalamu'alaikum kini Ummi kembali dengan secebis pantun syahdu kerana rindu untuk berpantun dengan anda sekelian.......semoga di sepanjang bulan Ramadhan ini pada hari kedua kita semua memperoleh keberkatan dan rahmat ALLAH SWT....aamiin

Hari ini yang sepatutnya Ummi postkan semalam....kerana sibuk dengan anak-anak dan suami dibulan puasa....Jom kita tatapi pantun yang seadanya dari Ummi ini... :)



Waktu Maghrib tirai berlabuh,
Malam syahdu terasa tua;
Kelip-kelip mengintai Subuh, 
Salam syahdu puasa kedua.... 

Mentari tua angkasa rawan,
Mendung menjamah menyula waktu;
Dihari kedua puasa Ramadhan, 
Terkandung hikmah pahala tertentu.. 

Siap berpurdah jalan meratip, 
Daie meredah cuma memohon; 
Setiap ibadah amalan tersisip, 
Menyamai ibadah selama setahun.. 


Wallahualam..


Kalam berpena..
UmmiAin

No comments:

Post a Comment

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^