Wednesday, March 26, 2014

Pantun 'SENJA' Di Lautan Hindi.....


Bismillahirrahman nirrahim.....


Kak Normah Jaafar ditenangkan pegawai kaunselor dari PDRM
kerana teringatkan anaknya Mohd Khairul Amri yang
merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370.....



Perasaan tidaklah mampu diungkapkan dengan kata-kata, hanya airmata hiba bercampur pilu seiring doa yang sentiasa membasahi bibir....semoga Allah mempermudahkan segalanya.....sesungguhnya Allah tidak akan menguji dengan ujian yang di luar kemampuan hambaNYA.......wallahualam.......


'SENJA' Di Lautan Hindi...


Mengusung rembang pelangi nan rawan,
Dini menghampir pautan kemudi;
MH370 terbang tinggi di awan,
Kini berakhir di Lautan Hindi.....

Ku cari tempua mematuk lesung,
Sangkar kedidi dibalut buluh;
Dari doa untuk MH370,
Bertukar trajidi berpalut luluh.

Mencari buluh berpanggu kayu,
Melata serama di pangkal tinggi;
Dihari kesepuluh menunggu sayu,
Berita diterima bersangkal lagi...

Nangka sebelah siapa empunya,
Tiada berjamah tetamu disaji;
Romantika Allah menyapa hambaNYA,
Ada berhikmah dirimu diuji..

Menanti gerimis sebuah perahu,
Merata pantai pergi menjaring;
Hati menangis adakah tahu,
Airmata bagai perigi yang kering....

Letakkan gugusan purut yang basah,
Pangkal diraut bercantum dua;
Esakkan tangisan turut dikisah,
Bersangkal maut sebelum bersua...

Bukan titisan penanda basah,
Titisan dimakan ada di kelopak;
Pacakan nesan tiada berpisah,
Nesan dipacakkan tiada ternampak....

Bijana diusung ke tunggullah bakau,
Sebatas kunyit berat berpaut;
Di mana MH370 muncullah dikau,
Diatas langit di darat dan laut...

Subhanallah Subhanallah bumi yang layu,
Gemerlapkanlah  hujan di bumi;
Ya Allah Ya Allah kami merayu,
Singkapkanlah perasaan kami...

Tiadalah sinar merambang waktu,
Punya tekanan membawa taufan;
Di kedalaman lautan berani bumi,
Luluh berpisah hidup atau mati;
Adakah benar kebimbangan itu,
Hanya pepohonan doa dan harapan,
Di genggaman pautan nurani kami,
Keluh kesah hati redup yang menanti...


Ya Allah Ya Allah benarkanlah....permudahkanlah....

Aamiin...Yaa Rabbal’Aalamiin.....



Kalam berpena...
UmmiAin

5 comments:

  1. sedihnya baca pantun umi ni. meruntun jiwa ini...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. semoga hati ahli keluarga mangsa pesawat mas mh370 tabah menerima dugaan ini... sedihnya Y______Y"

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ain.. salam sayang salam rindu..=)

    Muga ahli keluarga MH370 diberi kekuatan dan ketabahan dengan ujian ini..

    ReplyDelete
  4. Salam Ummi,
    Nampak entri terbaru tadi...tapi tiada rupanya.
    Apa khabar? Lama tak dengar khabar berita. Semoga sihat sentiasa dan bahagia...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Ummi. Lama sangat saya tak bertandang. Insyaallah, selepas ini masa mengizinkan saya untuk berbalas pantun lagi. Lagipun, saya akan bercuti lama selepas ini. Tiada komitmen lain. :)

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^