Thursday, January 9, 2014

Pantun Ummi Ada Lagu 2



....السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ






Salam manis salam semesra-mesranya.....episod kali ini Ummi tampilkan selembar pantun berbentuk tajuk lagu-lagu yang Ummi pilih sendiri untuk Ummi jadikan pantun, bukan meniru bukannya apa, bukan pula ketandusan idea..... haha, cuma untuk membawa mood kelainan dan untuk hiburan semata.... buat pemantun dan silent readers atau pembaca senyap sekelian, perah-perahlah minda anda untuk berpantun bersama Ummi kerana Ummi pasti tentu ada pemantun yang lebih bijak dan pandai berpantun yang indah-indah....sambil berpantun kita menikmati lagu-lagu halwa telinga.....ya ^^

Jom semua kita berpantun..... ^^




Tenggelam muara tenggelam perdu,
Mengkudu perdunya retak bertahun;
Salam Mesra bersulam rindu,
Rindu Serindu-rindunya hendak berpantun.

Tangan memalu kompang melagu,
Hendak berJoget Kenangan Manis,
Jangan selalu menopang dagu,
Kelak sakit jangan menangis.

Patah selayang dimakan badak,
Tangkai dibelit di hulu timba;
Entah sayang entahkan hendak,
Bagai dililit Semalu Rimba.

Stokin dibaling bawa dibasuh,
Benang memeri koyak sebelah;
Tak Mungkin Berpaling jiwa ku ampuh,
Terkenang diri yang banyak salah.

Bonda Sukaseh janda permata,
Manis berselendang berpegang tangan;
Gerimis Mengundang di persimpangan.

Siat melati berkelopak basah,
Semarah angin bergalang tinggi;

Kalau melilit dahan yang tua,
Lilit dahan melapis banirnya;
Walau Pahit Ku Telan Jua,

Retak belulang mata terkena,
Mata sebelah kabur melihat;
Tak Hilang Cinta Di Dunia fana,
Cinta Allah subur terpahat.

Beluga setimba betutu ditatang,
Tilan jua di lubok puaka;
Hingga Tiba Saat Itu datang,
Amalan dibawa tembok neraka.

Rumpai tenggelam kuini tumbuh,
Rangka gelama persis si keli;
Tirai Semalam kini berlabuh,
Turun ke mana sajak berbatik,
Pakai bauan di badan suami; 
Pantun sederhana tidaklah cantik,
Andai tuan Maafkan Kami.

Amat mangkal selasih lebat,
Tahan senduduk bersisir tali,
Mati mengkudu tali dipilin;
Selamat Tinggal Kekasih sahabat,
Bukan Untuk Terakhir kali,
Pasti rindu Kembali Terjalin.



p/s  Kalau membaca pantun sudi-sudikanlah petik jari anda ke lagu-lagu yang terjalin...terimakasih. . ^^


Kalam berpena...
UmmiAin

6 comments:

  1. Salam Ummi, rindu bertandang lagi.... :)

    Kalau aku kaya,
    hari-hari hari raya,
    Jangan berlumba dijalan raya,
    Nanti pusara di lebuhraya...

    Cindai mana tidak berhias,
    Teratai layu ditasik madu,
    Andai kata tidak berbalas,
    Pujuk rayu terbitlah rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam BM..ni yang buat Ummi tak jadi merajuk..hehe

      Gurau ja ya...^^

      Tumboi kelapa tua sepetang,
      Lebat papaya batang berembun;
      Amboi menyapa dia datang,
      Sahabat setia datang berpantun

      Delete
  2. Salam, Ummi saya singgah lagi di sini. Nak berpantun tak pantai. Tapi pantun ummi memang kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Cikgu Helmi, terimakasih sudi singgah di blog Ummi, pantun sekadar suka-suka... :)

      Delete
  3. assalamualaikum ummi..
    ummi ada tak idea untuk buat pantun tentang keamanan dunia, kepimpinan, pengguna bijak, keusahawanan...

    tlg ye ummi.. tq :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ummi..

    ummi... ada tak idea tentang pantun kepimpinan, keusahawanan, pengguna bijak, kepimpinan ?

    ummi tlg ye.. tq :)

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^