Wednesday, November 20, 2013

Pantun Rabu Tak Terucap....


....السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Ummi bersama anak sulung sedang menikmati
keindahan alam senja ciptaan Tuhan Rabbul Jalil
di malam Rabu lepas yang tak terucap di Ampang park..
Photographer :  Adik yang manja...^^


Jom kita berpantun.....dengan Ummi..sambil mendengar lagu Bang Mad Daud kita sambil menggoyang kepala tapi jangan over naa... ^^,



Abu menjulang berasap gua,
Kelam terbakar langit menangis;
Rabu berulang mengungkap peristiwa,
Bersulam hambar pahit dan manis.

Gembala lembu berangan teman,
Bukit besar tumbuh beringin;
Bermula Rabu dengan senyuman,
Kulit bergetar di Subuh dingin.

Di petang sebu mentari tumpat,
Kuntum gardenia kembang si tanjung,
Datang Rabu hari keempat,
Bercantum usia di ambang penghujung.

Mengapa abu medak berasap,
Dekat senja masa memahat;
Mengapa Rabu tidak terucap,
Penat bekerja terpaksa berehat.

Kelapa rendah di tepi pongsu,
Rendang duku tumbuh di muara;
Mengapa lidah menjadi bisu,
Sedang Rabu penuh suara.

Lembut dicicah ulam sayuran,
Petua ibu mesti belajar;
Tersebutlah kisah dalam Al Quran,
Peristiwa Rabu menjadi iktibar.

Mencari bubu mencari kelah,
Turun menyelam di malam sepi;
Hari Rabu na'as dari Allah,
Qarun dibenam ke dalam bumi.

Pisah kerabu satu persatu,
Dedaun ulam purut diperah;
Kisah Rabu Allah Penentu,
Fir'aun tenggelam di Laut Merah.

Tenguk darah mulalah kepala,
Terasalah kecut ditikam-tikam;
Nyamuk diarah Allah Ta'ala,
Binasalah Namrudz Raja yang kejam.

Pintu dipalam terbelah patah,
Gunalah lekas ragum diputar;
Batu merejam Allah perintah,
Binasalah Luth As kaum yang engkar.

Muara besar terlekat kail,
Candat terasa terkena kelisa;
Bersuara halilintar Malaikat Jibrail,
Syidad bin Aad binasa kerana berdosa.

Mencari kekabu basah berhujan,
Belum dapat beringin digoncang;
Di hari Rabu kisah Al Quran,
Binasalah Kaum Aad dek angin yang kencang.

Labu bertangkai tua dan kuning,
Puteri bermain ciku dan mangga;
Rabu disampai peristiwa penting,
Hari yang lain pun begitu juga.

Serkap basah sarang-sarangan,
Suami berkebun di petak serawa;
Berangkap kisah kurang-kurangan,
Ummi berpantun tidaklah lawa.

Berpisah badan terlalu angkuh,
Allah Ta'ala sampaikan hukum;
Kisah Al Quran mahu dibubuh,
Rujuklah sila sebagai maklum.


Buat anda sahabat sekelian yang Ummi hormati.....hari Rabu hari terindah kita nikmati semoga kita sentiasa perkara yang baik kita jadikan contoh yang harus diikuti......salam sayang berderai selasih
semanis nescafe buat semua...sampai jumpa lagi di lain episod.....insyaAllah.. ^^,

p/s  Terimakasih curahan hujan bagai diberiNYA semalam buat kita dan khusus kepada rakan-rakan pembaca yang sudi singgah berpantun .....ya  ^^


Kalam berpena...

UmmiAin

11 comments:

  1. selamat pagi ^^ have a great day ahead :) assalamu'alaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Nurfaezah...

      Nama serupa dengan anak menakan Kak Ummi...
      You too have a great day ahead and hope your beautiful smile may yet be your asset in times of trouble....terimakasih dear... ^^

      Delete
  2. Hari Rabu lepas Selasa,
    Jumpa kamu hati gembira.

    ***

    Hari Rabu sebelum Khamis,
    Jumpa aku jangan menangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Rabu lepasnya Selasa,
      Kemari Cikgu bertunas rasa.

      ~~~

      Hari Rabu sebelum Khamis,
      Pasti Cikgu tersenyum manis..

      Haha...terimakasih Cikgu Teh ^^

      Delete
  3. Banyak peristiwa yang berlaku di hari rabu rupanya ya Ummi....

    Wordless wednesday simbolik diberi
    Err...ni dah masuk hari jumaat, baru sempat ke mari

    ( Salam jumaat Ummi )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu Lynn, bukan setakat Rabu sahaja tapi hari lain juga....

      Wordless Wednesday simbolik seminggu,
      It's ok Lynn, Ummi sentiasa menunggu.. ^^

      Delete
  4. Salam kasih dan salam rindu di pagi jumaat yang penuh keberkatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Kak Nah kusayang,
      semoga Jumaat di titi kehidupan yang sejuk dan penuh rahmat keberkatan....amin... ^^

      Delete
  5. Kerap ke sana dan juga sini
    Melihat Rabu Tanpa Kata
    Saya fikir ada yang tersembunyi
    Mungkin Rabu bisu suara.

    Pantun Kak Ummi penuh cakna
    Diselit kisah para nabi
    Baru saya tahu Rabu bermakna
    Dengan peristiwa itu dan ini.

    Melihat kalender membilang hari
    Ada tujuh dalam seminggu
    Masa lepas tidak akan kembali
    Sekadar dijadikan pengajaran baru.

    Saya kira pantun kali ni cukup banyak ilmunya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari Rabu. :)

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^