Wednesday, October 16, 2013

Pantun Bikin Dialog Gambar Minah Ni Kalau Nak Topup RM30.....



....السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sedang jalan-jalan cari blog, Ummi terjumpa satu segmen dalam blog P.C.L, Ummi teruja juga namun bukan disebabkan topup tersebut tetapi segmen yang dianjurkan Shakira adalah lain dari yang lain....Ummi terus ambil keputusan untuk menyertai segmen ini....boleh la Ummi berpantun selari dengan konsep blog Ummi.....jangan marah na... ^^


pssst...macam gambar tuan punya tanah ja.....yaka...he2

Jom kita petik di SINI tengok apa ada di belakang gambar 'marka' yang seorang ni...... ^^



Ni dialog istimewa dari Kak Ummi khusus buat Shakira..

"Dalam tersenyum memakai pengantin,
Gaya bersimpuh pinggang kerengga;
Assalamu'alaikum wahai hadirin,
Saya dah lenguh memegang bunga.

Mamak Bangla lidah sejengkal,
Baru mencanai tepung dicampur;
Alamak kepala sudah menggatal,
Garu sampai tudung berkelemumur.

Tumbuh kantan di belakang pagar,
Setengah batu guruh berdesing;
Aduh spontan situkang gambar,
Tengah menggaru disuruh posing.

Itik turun berenang-renang,
Berenang sambil berendam selam;
Cek berpantun menunggu tunang,
Tunang terkucil di dalam kolam."


Apa macam....tengah menunggu bakal tunang yang malu dan banyak kerenah....sambil menunggu dalam tudung pula buat hal....ye... ^^


Makan karipap suami yang masak,
Melenting-lenting marah siisteri;
Bukan topup yang Ummi hendak,
Testing testing nindia dah mari....^___^



p/s  Gurauan itu keindahan....jom buat dialog dan meriahkan segmen Shakira yang cantik molek... ^^

Selamat Berhari Raya 'Aidil Adha atau Hari Raya Korban buat sekelian pembaca dalam ertikata pengorbanan yang baik....



Kalam berpena...
UmmiAin

40 comments:

  1. terbaik lah..fizi pun x terfikir nak tulis pantun cam tu hehe lawak2..good luck kak ummi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Fizi for your compliment.., haha, lawak ye, mcm lari tema ja...insyaAllah... ^^

      Delete
    2. menarikla pantun tu ummi .. gud luck yer :)

      Jom semua join segmen ni.... http://buatwanita.blogspot.com/2013/10/segmen-jom-komen-tinggalkan-jejak.html

      Delete
    3. Tq Puteri, semoga success utk Puteri ya... ^^

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha..selamat bersegmen Ummi..gud luck =)

    ReplyDelete
  3. COmel je pantun2 tu. Hehe.. ada unsur kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Siti, bolehla Siti pun berpantun juga ya.... ^^

      Delete
  4. Hahaha kak Ummi syg.. thanks sudi join, semoga berjaya ya kak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, you are welcomed dear, and terimakasih ribuan selasih buat Shakira.... ^^<3

      Delete
  5. Beraksi Giyomi mengadun cereka,
    Lenguh melentik aksi mengada,
    Sesekali Ummi berpantun seloka,
    Sungguh menarik hati tergoda....:)

    Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turun merbah merpati tempua,
      Cenderawasih burung berani;
      Berpantun sudah sebati di jiwa,
      Terimakasih berkunjung ke sini.

      Tq BM... ;)

      Delete
  6. jap .. gelak tak habis2 lg ni kak ummi.

    Mamak Bagla berlidah pendek,
    tentu lebih kelakar takhingat bila bersuara,
    akak punya kaedah terbaek,
    tentu membakar semangat semua peserta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke...^^

      Hendak ke kebun mencari manisan,
      Angkat kayu pandang dah penat;
      Akak berpantun seri warisan,
      Nak buat lagu mana memang dah minat.... ^^

      Tq PCL..... ^^

      Delete
  7. pengantin pakai baju putih
    tangan kanan pegang bunga
    lama sangat badan dah letih
    nak kena tunggu berapa lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahan selasih tumbuh senduduk,
      Bertandang beruk memandang lebah;
      Badan letih lenguh terduduk,
      Tunang menyorok di belakang abah....hehe

      Delete
  8. Memang lari tema ni ummi :) apa2 pun, gud luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. O yeke...takpe, as long as kak Ummi dapat berpantun, jiwa terasa syahdu dan terharu, tq joehaz... :)

      Delete
  9. Replies
    1. Tq Aiza dear goodluck to you too... ^^

      Delete
  10. Selamat pagi Kak Ummi..senarai peserta dah keluar ya :)

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/senarai-peserta-bikin-dialog-gambar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi syg...tq for your info ya.... ^^

      Delete
  11. Menarik dan kreatif! Berkunjung dari segmen yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq wanariahamiza, panjangny nama dia....success nearby for you too... ^^

      Delete
  12. Tahulah hadiahnya topup bernilai RM30, ngam2 pula ada 30 peserta yang sudi join. RM1 soranglah nak? Haha gurau je. Thanks atas sokongan korang. Nantikan keputusannya ya. Good luck!

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/senarai-peserta-bikin-dialog-gambar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...success untuk para peserta....^^

      Delete
  13. Salam Ummi.. Datang jalan2 dari segmen sama.. All the best & Gudluck! ^_^
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikunsalam....tq singgah di blog Kak Ummi ya...hope for the best... ^^

      Delete
  14. lama juga tak singgah nie..

    pantun tradisi ini bagus untuk pengantin...

    tebang kayu guna kapak,
    pohon tumbang di waktu malam;
    ada senjata warisan bapak,
    walaupun tumpul makannya dalam..

    p/s: Entri terkini saya bertajuk- 3 Tabiat Hebat Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa purnama nian ke pungguk,
      Cahaya syahdu meruntun-runtun;
      Kenapa lama tuan menjenguk,
      Saya rindu berpantun-pantun.

      Rasa mentimun hias ulaman ,
      Mahu petai dimakan malu;
      Bahasa pantun kias dalaman,
      Tahu menilai warisan dahulu.

      InsyaAllah Ummi akan blogwalking ke blog tuan,
      terimakasih datang singgah...^^

      Delete
  15. Perhatian semua, ada pertambahan hadiahlah :) Suka tak? Suka tak? Hehehe :)

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/pertambahan-hadiah.html

    ReplyDelete
  16. Mmg best la pantun kak ummi.. antara yg terbaik..

    psst: kalau nak dptkan adik minah tu.. mcm mana pula kak ummi.. heee.. gurau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkena tulang betutu basahan,
      Buru memparang terkapar di muara;
      Ke mana menghilang menantu pilihan,
      Baru sekarang ku dengar suara....

      Kalau nak dapatkan adik minah tu kenalah tnya abang iparnya...hehehe

      Delete
  17. Siapa yang menang tu?? Huhu jom tengok :)

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/pemenang-bikin-dialog-gambar-minah-ni.html

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Tq Rosmiza....syukur, kak Ummi tak sangka menang 2nd place.....kak Ummi sangkakan dah lari tema.....apapun terimakasih kepada Shakira dan tunang kesayangannya....dan tahniah kepada pemenang yang lainnya.... ^^

      Delete
  19. singgah sini follow... :)
    btw, tahniah ye menang tmpt kedua.

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^