Thursday, September 26, 2013

Pantun Qadaan Tuhan....



Berbalam kapas tiada beringin,
Liar tekukur terbang-terbangan,
Ratahkan sepat haruan pun rebut;
Salam ku lepas kepada angin,
Biar gugur di telapak tangan,
Entahkan dapat tuan menyambut.






Beranyam tikar duduk bersila,
Lama tersenyum badan menahan;
Sulam berlembar sesenduk gula,
Tema mengharum QADAAN TUHAN..

Ketiadaan bahan berampai sajian,
Bahan sajian cekur ketumbar,
Qadaan TUHAN sebagai ujian,
Tahan ujian pengukur sabar.

Petai berlada lada belahan,
Bubur likat gulainya kerang;
Andai tiada qadaan TUHAN,
Kufur nikmat lalainya orang.

Kembang sepat berselut arang,
Sangkar penuh lelayang kerapu; 
Memang sifat atitud orang,
Sabar tumbuh pada yang mampu.

Basah manggis terapung di perigi,
Dahan berusia membelah titi;
Usah menangis merundung lagi,
TUHAN berahsia sudahlah pasti.

Mengapa mengharap celahan dahan ,
Menanti rumah tiada pelita;
Mengapa diratap qadaan TUHAN,
Pasti berhikmah ada ternyata.

Kamilah takut ada durian,
Makin berbiji semakin tumbuh;
Fahamilah maksud qada dan ujian,
Semakin diuji semakin teguh.

Potongan rekahan ada di kereta,
Jangan membeli kereta terpakai;
Qadaan TUHAN kepada kita,
Jangan sekali-kali dipertikai.

Berpaut rumpun dipulas mati,
Rumpun terkena sigugurlah kelapa,
Kelapa pandan tepat menghala;
Seraut ku pantun seikhlas hati,
Pantun sederhana tiadalah berupa,
Ku pinta kemaafan bercacat cela.



Ya...istimewa buat sahabat-sahabat Ummi, pantun seadanya dapat ku rangkapkan, buat tatapan dalam renungan, semoga anda semua sentiasa diberi kesabaran dan keberkatan dalam setiap apa jua yang anda lalui....amin, insyaAllah sampai jumpa lagi seperti yang dijanji.....tunggu teristimewa dari Ummi....salam sayang sipi-sipi, jangan lupa berpantun walau hanya sekali, warisan moyang warisan terkini..... ^^


p/s Senyum selalu di samping suami dan isteri..... ^^




Kalam berpena....

UmmiAin

20 comments:

  1. Salam adik manis =)

    Puji puja solat waktuNya
    Ganda tasbih redha ujianNya
    Diuji supaya dekat padaNya
    Tanda kasih tanda cintaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kaknahku sayang.... :)

      Mengharap ehsan mengharap redhaan,
      Masih bertahan masih di hati;
      Setiap ujian setiap qadaan,
      Kasih TUHAN kasih sejati.

      Terimakasih KakNah... ^^

      Delete
  2. Salam di lewat malam...

    Bergema nada tali cemeti,
    Hati senang bisa digeruni,
    Terimalah qada dari Ilahi,
    Hati tenang terasa dikasihi.

    Ada lurah ditanam tembikai,
    Besar sebiji dibawah meranti,
    Qada Allah jangan dipertikai,
    Sabar diuji hikmah menanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam......

      Tiada ketumbar mencari bahan,
      Bersama bahan campuran halba;
      Qada dan Qadar diberi TUHAN,
      Terima tahan kerelaan hamba.

      Menyiap herba sesudip halia,
      Tiada lebar daunnya keman;
      Setiap hamba wajib percaya,
      Qada dan Qadar Rukunnya Iman....

      Tq BM...^^

      Delete
  3. terus je teringatkan lagu p ramlee

    inikah qadaan tuhan inikah pembalasan
    ketawa banyak kawan menangis keseorangan

    hilang sudah senda gurau
    isteriku tak menghirau
    kasih musnah bak kemarau
    hendak ku pergi ke mana rantau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Ummi paling minat dengan lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham Nordin Ahmad....

      Kawan tertawa sekeliling ada,
      kawan menangis dalam sejuta.

      Baja bancuhan adalah bijian,
      Bijian selasih tiada arinya;
      Qadaan Tuhan ingatlah ujian,
      Ujian kasih kepada hambaNYA.

      Terimakasih cikgu Teh... ^^

      Delete
  4. Sudah termaktub sojak Azali..
    Ajal..Rezoki ngn Jodoh disuruk ann..
    Qada' dan Qadar penguji diri..
    Biar totap akidah kepado Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ado sabar lomahnyo berbagi,
      Rezoki manusio menyapo bahu;
      Qada' dan Qadar hikmahnyo tinggi,
      Miliki rahsia eh tak siapo yang tahu.

      Delete
  5. Bidalan lamo maso itu omeh...
    Omeh dilontur menjadik jongkong..
    Qada' dan Qadar janganla kito comeh..
    Kuasa Allah kito bergantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeda kombar hanya di tangan,
      Dipandang-pandang tentu berpinar;
      Qada' dan Qadar Rukunnya Iman,
      Undang-undang ALLAH itu yang bonar.

      Terimokasih yo sebab Jongkong Omeh sudi singgah berpantun di tertak Ummi yang tak sepertinya.....datang laie yo... ^^

      Delete
  6. Tangan berkombar sifat dicipto..
    Berpinar pandang hanyo pado zahir..
    Rukun Iman dan Rukun Islam kono berduo..
    Baru tando kito ni Ummat yang akhir.

    Sekali dah dijomput..selalu la den bertandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cel lagi sukaa ... ^^

      Tempat berpinggir keliling daik,
      Keranji diikat bersimpul rafia;
      Umat terakhir paling terbaik,
      Dijanji syafaat Rasul yang mulia..

      Delete
    2. Pinggir daik tompek eh tinggi..
      Ngutip ann keranji mencarik hasil..
      Ummat akhir penanda diri..
      Sehinggo kini ghmai yang batil.

      Delete
    3. Gamat ketitir jatuh di sawah,
      Tempat bercangkul masih berbelah;
      Ummat terakhir sungguh bertuah,
      Mendapat Rasul kekasih Allah.

      Rambai kecil goyang diambil,
      Buahan celahan ada keranji;
      Ramai jahil ada yang bathil,
      Qadaan TUHAN tiada dijanji....

      Delete
    4. Sawah juo tompek menyangkul..
      Ketitir bermain tak sodar diri..
      Muhammad semostinyo akhir eh Rasul..
      Quran dan Hadith wasiat diri.

      Rambai ngn keranji totap ciptaan..
      Biar ann ado kt colahan..
      Jahil dan bathil jadik ikutan..
      Bukan salah yang empunyo Ciptaan.

      Delete
    5. Rendah kui mendedah guri,
      Tanah sebelah padi disimpan;
      Sudah diketahui sudah dipelajari,
      Sunnah Rasulullah menjadi panduan.

      Hendak Cik Kuza mengumpil-ngumpil,
      Lebar pintu tadi dibasuh;
      Bijak membeza jahil dan bathil,
      Yang benar tentu menjadi contoh.

      Delete
  7. Assalam Ummi Kami,

    Semalam siapakah berkain Rawa,
    Rapuh tenun koyak di lengan,
    Baldu tak mudah untuk dirata;
    Salam apakah nan angin bawa,
    Simpuh bersantun di telapak tangan,
    Terkedu lidah untuk berkata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Pak Temuk budiman... :)
      Balam di bendang makin menarah,
      Menarah laluan berasap kelapa,
      Kelapa berbuah terbakar setimbun;
      Salam bertandang ingin menziarah,
      Menziarah Tuan ku anggap bapa,
      Bapa berilmiah pakar berpantun.

      Terimakasih secangkir keladi.....^^,

      Delete
  8. Cenderawasih menari di taman
    Merak menggigil mengebang ekor
    Denai menuju ke tengah sawah
    Teguhkan hati mantapkan iman
    Lunturkan ego untuk sembuh
    Qadaan Allah sentiasa mengandungi hikmah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badan lenguh tangan melepuh,
      Pagi berwudhuk mandian basahan,
      Tiada bergetar semalam-malaman;
      Hatikan teguh iman tak rapuh,
      Selagi tawadduq qadaan TUHAN,
      Petanda sebenar orang beriman.

      Tq Lynn dear... ^^,

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^