Sunday, September 15, 2013

Pantun Oh....Oh...Malaysia..


Bertanam rendah cemara tua,
Suami mencungkil pohon serawa;
Betis tenggelam di dalam air;
Salam baraqah sejahtera Malaysia,
Ummi bernukil pantun peristiwa,
Setitis gurindam salam bersyair.





Baung sawah betutu muara,
Telur tembelang di tepi dayung;
Bernaung di bawah satu bendera,
Jalur Gemilang menjadi payung.



Mati tangan tersepit di lif,
Suara nafas terkebil-terkebil;
Bukti pembangunan rapid dan pasif,
Menara Petronas dan Menara KL.



Di kala kabur tentulah kelam,
Buta penglihatan badan dah tua;
Kuala Lumpur di waktulah malam,
Kota kosmopolitan kebanggaan Malaysia.



Jom kita berpantun....

Sebelum itu Ummi nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 50 tahun rentetan dari peristiwa penuh bersejarah Hari Kemerdekaan Negara kali ke 56 kepada sahabat, rakan dan adik-adik serta orang-orang lama yang dihormati...tanpa pejuang-pejuang kemerdekaan tiadalah kita merasa.........syukur Alhamdulillah.......^^,


Seampuh usia tumbuh rafflesia,
Bakau sepi di muara selat;
OH MALAYSIA OH MALAYSIA,
Dikau pertiwi negara berdaulat.

Galas bamper bertali jerami,
Basuh Proton kenderaan tua;
Enam belas September menjadi resmi,
Lima puluh tahun penubuhan Malaysia.

Pengat nangka aiskerim longan,
Asam kelubi di pasar tongsan;
Semangat merdeka bermusim jangan.,
Dalam hati mekar berterusan.

Lawan dicari di tempat genting,
Gaya tentera menegak bendera;
Penyatuan negeri empat yang penting,
Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

Sejengkal tilan lautan kari,
Makan berdua nasi berkerak;
Tanggal bulan bertepatan hari,
Keputeraan Ketua Menteri Sarawak.

Sirih disemat beralas gambir,
Kerabu kailan ulam pegaga;
Tarikh keramat enam belas September,
Satu sembilan enam tiga.

Dari Rusia pergi ke Lima,
Terbang ke Sahara dikata Haiti;
Hari Malaysia dirai bersama,
Lambang negara kita hormati.

Kerisi berlada hangus di periuk,
Nenda melenting marah bersuara;
Generasi muda harus dipupuk,
Agenda penting sejarah negara.

Kereta Iswara kereta merah,
Sebelah bingkai keadaan cair;
Cinta negara cinta sejarah,
Hayatilah nilai keberadaan tanah air.

Tiara lama berhias daisi,
Pending merah sebutir permata;
Udara yang sama nafas berkongsi,
Berganding sejarah tanahair tecinta.

Tenggiri kelisa di lautan terbuka,
Beluga dilihat bersama gelama;
Hari Malaysia rentetan merdeka,
Dibangga rakyat selama-lama.

Turun tempua sayap sebelah,
Suka ke taman berjemur di kolam;
Sepohon doa siap Bismillah,
Malaysia aman makmur dan tenteram.

Mengapalah hangat ramuan herba,
Maun dan kelat tetap dimakan;
Apalah sangat jamuan hamba,
Pantun berkulat harap maafkan.


Sampai jumpa lagi, hamba permisi, salam manis kasih yang sipi, mata kuyu menonton tv.....mengharap kalian berkunjung lagi....... ^^,


Kalam berpena....
UmmiAin

24 comments:

  1. waah..banyaknya pantun.. slamat hari malaysia Kak ummi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri Bosnia bangga gumbira,
      Santun lawa kerlipan purnama;
      Selamat Hari Malaysia semoga sejahtera,
      Pantun istimewa tatapan semua.

      Tq Ain singgah sini, datang lagi ya... ^^,

      Delete
  2. selamat hari malaysia, ummi
    besok kita cuti lagi sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih cikgu datang ke sini,
      Ummi menunggu petang begini... :D

      Delete
    2. kebelakangan ni tak banyak masa,
      jenguk blok hanya sekali sekala.

      Delete
    3. Terasa berbatu di muara lepas,
      Belok sedikit ke kanan tebing;
      Masa ditentu antara tugas,
      Blok di'update' peranan tak sumbing.

      Terimakasih Cikgu,
      Ummi sentiasa tertunggu-tunggu... ^^,

      Delete
  3. selamat hari Malaysia Ummi. knah masih dalam mood cuti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kakNah ku sayang...
      Ummi menunggu menanti bayang..^^,

      Delete
  4. Salam Hari Malaysia Ummi,
    Masih di kampung ni..nak loading blog Ummi xlepas2, satu gambar pun xmuncul...Wajah baru blog ini langsung tidak kelihatan, huhu

    Nasib baik kotak komen muncul...

    Dalam sehari aku menghiburkan,
    Bersama teman mengibar bendera,
    Salam Hari Malaysia ku hulurkan,
    Sentiasa aman, maju dan sejahtera..

    Bila line OK, saya singgah kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulam cenohom di dalam bekas,
      Ulam dicari dijamu semua;
      Assalamu'alaikum genggamku lepas,
      Salam Hari Malaysia buatmu jua.

      BM tentu gembira di kampung bersama keluarga, Ummi kat rumah bersama anak-anak, suami pulang desa...tak ikut sekali sebab nak jaga simanja.... :D

      Line kat kampung selalunya memang macam tu...lambat loading...sabar ya... :D

      Rajin bersolat tak lemah iman,
      Teguh iman kemudi keluarga,
      Suara bergema ibadah di surau,
      Runtunnya irama azan bernada;
      Bin Mohamad peramah budiman,
      Sungguh budiman berbudi juga,
      Mesra bersama berbalas gurau,
      Pantunnya bernama Relakskan Minda...

      Nindiaa pantun...hehe

      Delete
    2. Salam manis, kembali lagi... :)

      Dari Persia menuju Lampung,
      Lari dari siksa tertangkap,
      Hari Malaysia pulang kekampung,
      Cuti sehari terasa sekejap...

      Guli melantun dalam kuali,
      Belantan berat hingga kehujung,
      Ummi berpantun saya membeli,
      Ikatan erat warisan dijunjung...

      Kini bahagia kehidupan berkat,
      Berpadu jati dengan erat,
      Hari Malaysia gabungan hebat,
      Bersatu hati negara kuat.

      Delete
    3. Wassalam semanis madu... :)

      Melati harum petik sekantung,
      Mengapa dipetik sibunga dedap;
      Cuti umum balik ke kampung,
      Berjumpa adik hanya sekejap.

      Runtuh muara selonggok batu,
      Kecil pengkalan kerap disinggahi;
      Sungguh gembira menusuk hatiku,
      Hasil nukilan tetap dihargai,

      Mencari halia di tempat basah,
      Dekat sebatu tumbuh cemperai;
      Hari Malaysia berlipat kisah,
      Rakyat bersatu teguh dan damai.

      Delete
  5. salam ukhuwah dari bunda..SELAMAT HARI MALAYSIA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhuwah kembali....dan Selamat Hari Malaysia... ^^,

      Delete
  6. Malaysia tanahairku,
    Tanah tumpahnya darahku,
    mama jangalah malu-malu,
    kerana wajah mama diblogku..


    review pertama utk kategori 1

    cermin diri merungkai wajah,
    nada berirama pantun seindah,
    saling tak tumpah wajah Ustazah Nor Bahyah,
    kalau tak percaya jomlah kita terjah .

    (http://www.nazlee.com/2013/09/cahaya-mata-jiwa-ain.html)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dan ibu serupa dulu,
      Samanya kembar suami sendiri;
      Terkesima kalbu betapa malu,
      Rupanya gambar Ummi dicari.

      Cenderawasih di dahan selasih,
      Terkena kayu tangkai ketapang;
      Terimakasih bilangan tasbih,
      Kerana review ramai yang datang.

      Mengapa malberi dimakan kuda,
      Melekit lama di pohon kelapa;
      Rupa ku ori pembawakan ayahanda,
      Sedikit sama namun tak serupa.

      Terimakasih tak terhingga buat adik kak Ummi, PCL....kerana meng'review'kan blog Kak Ummi...semoga PCL bahagia bersama keluarga dan ukhwah kita bagai air yang melimpah...amin.. :)


      Delete
  7. nak jawab balik tak reti pulak ummi, apapun, selamat hari Malaysialah ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memmetlenggeng, takpe...
      Selamat Hari Malaysia buat anda dan terimakasih ye sebab singgah di sini...datang lagi...^^,

      Delete
  8. Duhai si dara cantik jelita
    Jadi pujaan sungguh menawan
    Malaysia Merdeka, rakyat gembira
    Ramai pelancong sudah tertawan

    Selamat Hari Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulang bertimbun rangka berusia,
      Dekat pusara berbondong lebah;
      Berulang tahun merdeka Malaysia,
      Rakyat gembira pelancong bertambah.

      Selamat Hari Malaysia dan terimakasih datang singgah ke blog kak Ummi ya.. ^^,

      Delete
  9. selamat hari jadi kemerdekaan Malaysia, semoga Malaysia semakin jaya, kunjungan juga ya ke blog saya www.goocap.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Malaysia juga....terimakasih ya.. ^^,

      Delete
  10. Assalam..

    Buah langsat buah duku,
    Mari membeli di kedai nyonya,
    Malaysia sejahtera tanahairku,
    Kaulah pujaan hati selamanya.



    Terbaru dari kakiblog : Laporan Terkini Kaji Selidik Backlink(siri 1)

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Malaysia yang telah terlewat Ummi.
    Moga sihat selalu ya.

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^