Monday, September 2, 2013

Pantun Dia Yang Ku Sayang....(Khusus Untuk Segmen Khas PCL Dan MamaD) ^^,

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com



Jom pantun dengan Ummi....khusus buat MamaD, isterinya Pakcik Li :)

Pesona seroja Lili diambil,
Ambil stigma dedahkan filamen;
Kerana teruja Pakcik Li memanggil,
Terpanggil sama meriahkan segmen.

Keladi diambil tumbuh bertindan,
Birah digoyang tanam di pagar ;
MamaD dan PCL sungguh sepadan,
Wajah disayang semacam kembar.

Mata patah parang berhulu,
Cantas pandan mati delima;
Kata pepatah orang dahulu,
Seiras sepadan serasi bersama...

Rencah ramuan berurap kundang,
Selom sejengkal bisa selera;
Wajah keibuan sedap dipandang,
Belum ku kenal terasa mesra.

Kerat umbut mencari sayuran,
Peria diangkat tambah mentimun;
Selamat menyambut hari kelahiran,
Usia meningkat bertambah anggun. ^^

Seri purnama seperti cermin,
Cermin Illahi Syurga dicari;
Mari bersama sertai segmen,
Segmen Pakcik Li tiga kategori.



Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Like Page P.C.L
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.

#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Didahului dengan ucapan Terima Kasih.
~pcl

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda.



p/s Lie, Kak Ummi berpantun jangan maghah naa, sebab blog Kak Ummi ni blog berpantun, konsepnya adalah mesti kena berpantun walaupun pitching lariii.....tajuk enteri pun kena ada kaitan dengan pantun...minta mahap naaa, kak Ummi langgar undang-undang...hehe...anak bujang kak Ummi yang no dua tu birthday dia....4hb Sept....anyway terimakasih ya Lie kerana menjemput Kak Ummi... :)



Kalam berpena...selamat bersegmen ya... ^^,

UmmiAin

34 comments:

  1. Assalamualaikum

    berbunga hati tidak terperi membacanya.. , suka sy dgn pantun kak ummi. terima kasih kak ummi memeriahkan segmen kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam PCL...

      terimakasih kerana berbunga hatimu pabila membaca pantun Kak Ummi....apapun kak Ummi memang suka berpantun walaupun pitchingnya larii....semoga berjaya segmen PCL ya... ^^

      Delete
    2. http://www.nazlee.com/2013/09/update-senarai-peserta-segmen-khas_2.html

      Delete
    3. Delima Acheh putiknya kecil,
      Rembat kuini menaiki beca;
      Terimakasih Pakcik PCL,
      Maklumat terkini kak Ummi baca... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Terimakasih Farah yang comel....semoga success... :)

      Delete
  3. selamat bersegmen akak..zara singgah sini dan follow blog akak no124..jemputla ke blog zara lgi ye..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bersegmen dan semoga succes buat Siti Zahara, tq kerana singgah dan follow ya... :)

      Delete
  4. Assalamualaikum. good luck. pantun best! hehehe. salam perkenalan. sheila joined segmen yang sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikusalam, good luck to you too, salam perkenalan, terimakasih datang singgah dan follow.. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Termaksih mizz aiza, good luck to you too. :)

      Delete
  6. Rahmah, sakinnah dan mawadah
    Melakar jejak di negeri tujuh
    Mamasentimental sudah diterjah
    Saya follower ke 27

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapa banir basah berembun,
      Tumbuh selisih di tempat lenjan;
      Mamapapaamir singgah berpantun,
      Aduh terimakasih selebat hujan.

      Delete
  7. Amboi kak ummi. Meriahnya belog kak ummi. In Sha Allah eimah kunjung sini lagi. Salam :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Eima, terimakasih kerana berkunjung ke blog kak Ummi....datang lagi ya.. :)

      Delete
  8. Assalamualaikum kak ummi. bestnya pantun dia. good luck ye. salam perkenalan daripada sheila.
    *selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila dear, good luck juga to Sheila ya, salam perkenalan n selamat hari raya jga.. :)

      Delete
  9. wah bestnye...lain dari yang lain blog ni. suke3
    Good luck yer kak Ummi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq singgah blog kak Ummi, if suke kena pantun...hehe.. :)

      Delete
  10. all d best buat ummikami.. selamat berpantun juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Fieza datang singgah, esok-esok kita berpantun ya... :)

      Delete
  11. Wah blog mengenai pantun :). Memartabatkan budaya Malaysia. Nor pun ada join segmen, semoga berjaya.

    ReplyDelete
  12. Keputusan keluar hati berdebar,
    risaukan peserta sedang menunggu,
    datang saya membawa khabar,
    kak ummi dah menang kategori satu.

    tahniah kak ummi ;

    http://www.nazlee.com/2013/09/keputusan-penuh-segmen-khas-sempena.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepi mengkudu tumbuh gaharu,
      Pohon berkembar rapatnya dahan;
      Kak Ummi terkedu sungguh terharu,
      Pantun bergambar mendapat perhatian.

      Cenderawasih berbulu kecil,
      Bertemu kelicap meredah cuaca;
      Terimaksih adikku PCL,
      Pantun mu sedap indah dibaca.

      Terimakasih ya Lie... :)

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^