Tuesday, September 24, 2013

Pantun Dari Kerana Mata....


Tanam kapas pagi berembun,
Embun di rumpun segar dan jernih,
Salam ku lepas jari bersusun,
Bersusun pantun semekar kasih.


Kalau mata merenung....

Ni buah mata kucing, bukan mata kucing ya....^^,
Hendap mengendap..
Dari mata yang bergenang terungkailah perasaan dan emosi seseorang... 

Tak boleh tengok...bahaya.... ^^

Amboi comeinya Lebai Cilik
ni dok renung botol susu ye.. ^^,

Terasa menggigil menular tubuh,
Badan goyah mula nak elok;
Terpaksa ku nukil selembar ku bubuh,
Takkan berpayah ku rela masuk... 


Dalam seminggu banyak perkara yang mencetuskan peristiwa.....Ummi pun baru saja baik dari demam alhamdulillah.......ini kalilah baru Ummi dapat menghayunkan jari untuk kembali dengan nukilan pantun yang tak seberapa ini...harap sudi membaca ya...

Banyak perkara hal mata ni... ada macam-macam berkaitan perkataan 'mata' ...ada silap mata, ada mata-mata, air mata, matahari, matahati.........yang paling menusuk jiwa adalah matahati......

Begitupun mata juga boleh membinasakan kita terutama keimanan ketaqwaan kita kepadaNya....
Apa salahnya kita menangis air mata darah sekalipun pun untuk kita bertaubat? Menitiskan air mata bukan saja air mata kesyukuran tapi juga air mata keinsafan.

Sedangkan Rasulullah s.a.w. pun selalu juga menangis terutama dalam solat malamnya. Baginda pernah bersabda “Air mata ini bukti wujudnya kasih sayang ALLAH Taala yang diletakkan ke dalam hati kita. ALLAH mengasihi setiap orang yang mengasihi sesama insan lain” ... apatah lagi kita?


Jom kita berpantun.... ^^,


Mencari tuna buta direjam,
Badai tebing masuk ke kampung;
Dari Kerana Mata yang tajam,
Bagai lembing menusuk jantung.

Sangkar bubu terkena kerangan,
Mencari plata di arus muara;
Bergetar kalbu kerana pandangan,
Dari mata mencetus perkara.

Genta dan loceng gah di biara,
Menyapa Llama loceng ditanya;
Mata kucing buah bidara,
Serupa dan sama kucing yang punya.

Kerang hapak tentu tak sedap,
Berkulat rasa menusuk bau;
Terang nampak di waktu gelap,
Melihat mangsa untuk diganggu.

Pesona kereta injinnya mati,
Di balik bukit merempuh parit;
Kerana mata ingin perhati,
Diusik penyakit tumbuh ketumbit.

Mata seruling tiupan gurindam,
Gurindam irama Melayu Sumbangsih;
Mata menjeling bagaikan menikam,
Menikam sukma rayu kekasih.

Membina kota memikul papan,
Mengatur kotak di celah perigi;
Kerana mata timbul keinsafan,
Syukur yang tidak berbelah bagi.

Mencari plata di arus titi,
Titi selisih bertempias batu;
Dari mata terus ke hati,
Hati bersih ikhlas nawaitu.

Kereta Mustang beraksi pula,
Kelisa berbangga berinjin mati;
Mata sepasang saksi segala,
Bisa juga mengizin bukti.

Mencari akar melata di pagar,
Bongkah bata keliling pusara;
Dari sinar mata memancar,
Unggulkah cinta membaling gelora.

Plata muara celahan batu,
Tangan menjala si jerung panjang;
Mata bicara panahan rindu,
Jangan pula merenung keranjang.

Pohonlah retak balik bercabang,
Tenggelam seminggu di pinggir kolam;
Pantunlah kakak adik dan abang,
Bersulam lagu air gurindam.

Sampai pengkalan ada pemilik,
Ikan setimba dicekau beruk;
Andai nukilan tiada yang cantik,
Maafkan hamba walau seteguk.

InsyaAllah Ummi kembali lagi.....just wait and see.....salam sayang berendam selasih dari Ummi buat semua sahabat-sahabat yang sentiasa sudi untuk menjenguk blog yang tak sepertinya ini....terimakasih ku ibarat butiran pasir di pantai, andai dibilang tiadakan habisnya.... ^^

p/s Alhamdulillah....Jemput semua berpantun ya...sudi-sudikanlah... ^^



Kalam berpena....

UmmiAin

11 comments:

  1. knah penat mencari idea..nak berpantun..xjadi-jadi..hehe

    Dari hati berkata rindu..rindu nak bertentang mata..Salam manis salam sayang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencari bata dikata mengkudu,
      Mengkudu selangit beringin dah jemu;
      Dari mata berkata rindu,
      Rindu menggamit ingin bertemu.

      Salam manis dan salam rindu teramat sayang buat KakNah sahabat istimewa Ummi...agaknya bilakah masa kita dapat bersua ya KakNah ^^

      Delete
  2. Salam manis Ummi...
    Alhamdulillah...Ummi telah sihat, jaga kesihatan ye...

    Cuaca cerah panas terasa,
    Kain sehelai jadi pelindungnya,
    Mata anugerah Maha Esa,
    Tidak ternilai tiada gantinya.
    Dua tiga pohon melati,
    Subur dihutan diperdu jati,
    Dari mata turun kehati,.
    Simpul ikatan sehidup semati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam manis sahabat istimewa pengunjung setia...^^
      Alhamdulillah dengan izin Allah, terimakasih ya.. ^^

      Minta ditarah diketuk pahat,
      Ditarah papan terbelah pula;
      Mata anugerah untuk melihat,
      Anugerah ciptaan Allah Taala.

      Delete
    2. Bidara lebat keliling paya,
      Ketitir masih menghambur pula,
      Bumi tumbuhkan dekat benua;
      Antara sahabat paling setia,
      Secangkir selasih bercampur gula,
      Ummi bancuhkan buat kedua.

      Terimakasih BM dan juga Kak Nah dear... ^^

      Delete
  3. rajin ummi berpantun, menarik pantun Ummi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama pedih terkena taji,
      Telon herba terpaksa diguna,
      Terimakasih kerana memuji,
      Pantun hamba biasa sahaja.

      Delete
  4. Mata melerek, mata menjeling
    Mata memandang bagai minta dikorek
    Orang melihat tersenyum sumbing
    Hati yang rawan siapa yang nak belek ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarang itik tinggi di tebing,
      Halau kambing ke titi mana;
      Orang cantik bergigi sumbing,
      Walau sumbing hati sempurna.

      Lynn, jangan korek mata nanti buta...hehe, tq singgah di blog Ummi ya ^^

      Delete
  5. Mata bukan sebarang mata,
    Mata kucing dibuat minum;
    Sekali mata bertentang mata,
    Berkali pula berbalas senyum.

    ReplyDelete
  6. Ada bintang purnama sedeli,
    Berbuah hujan meruntun gelapan ;
    Mata bertentang pertama kali,
    Bertuah badan bertahun tersimpan.

    Tq cikgu, Ummi sentiasa menunggu... ^^

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^