Thursday, August 22, 2013

Segmen Gempak Mieza Jhaa K....Pantun Dari Ummi.... ^^,


Salam manis di hari Khamis buat Cik Mieza si cantik manis,  hati terpanggil untuk sama-sama meriahkan segmen ini, tapi Ummi dahulukan dengan pantun boleh, kerana pantun sememangnya tidak dapat dipisahkan dariku untukmu...... ^^,

Diharilah raya indahnya fesyen,
Sampin berkelopak nampaknya ok;
Marilah menceria meriahkan segmen,
Segmen Gempak From Mieza Jhaa K.

Ambil cermin ambilkan talkum,
Talkum ditabur sudah secawan;
Sambil bersegmen sambil tersenyum,
Senyum menghibur menambah kawan.



Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Petiklah petola jaja di kota,
Terang andang apinya rawan;
Cantiklah pula Cik Mieza kita,
Orang memandang pasti tertawan.

Kalau tersenyum puteri kayangan,
 Menanti teruna mengikat janji;
Walau belum diri ku bayangkan,
Pasti kerana dekat di hati.



Salam Syawal buat sekelian, selamat bersegmen dan mudah-mudahan sukses semua ya... ^^,

Kalam berpena dari Ummi....

UmmiAin

29 comments:

  1. Selamat bersegmen juga. Nad follow kembali :D

    ReplyDelete
  2. Gud luck yer. Siap pantun lagi...

    Buah cempelak di luar pagar, ambik galah tolong jolokkan, kalau buah cempelak itu ada dekat pagar sebelah, janganlah ambik...heheheh

    Selamat berpantun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....terimaksih Ridhzwan kerana singgah sini, moga sukses ye...:)

      Delete
  3. Segmen gempak Mieza yang punya,
    PCL join memberi sokongan,
    Semangat nampak di alam maya,
    Ramainya peminat bertambah rakan.

    ~www.nazlee.com

    #good luck Ummi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimaksih Lie...:)

      Cermin dihala pakaian sedondon,
      Bunga cik liza berhias peniti:
      Segmen bermula dengan berpantun,
      Moga Mieza berpuashati.

      Moga success ya,..:)

      Delete
  4. Dimalam Raya bermain bunga api,
    selamat hari raya aidilfitri.

    Cik Yaya kuat berangan,
    datang sini balas kunjungan ^_^

    ReplyDelete
    Replies

    1. Teduh pantai cahaya merimbun,
      Menanti bumi berkuat paksi;
      Waduh pandai Yaya berpantun,
      Pasti KakUmmi buat koleksi.. :)

      Terimakasih Yaya ya.... :)

      Delete
  5. Semoga berjaya Ummi..NH datang membalas kunjungan n follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimaksih NH, gud luck to you too... :)

      Delete
  6. salam kak ummi! saya pon suka berpantun.. tapi ala2 slamber gtew..

    ayu ke pekan berjalan-jalan,
    selamat berkenalan.
    hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalan efatin eman... :)

      Selamat berkenalan juga buatmu, Salam Syawak semoga success ya... :)

      Delete
  7. selamat bersegmen ya wak~ my the best blogger menang besar huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimaksih krole, mudah2an anda suksess....amin... :)

      Delete
  8. Selamat bersegmen Ummi...

    Jalan-jalan ditengah sawah,
    Sawah terletak ditanjung Dewa,
    Ayat pantun sungguh ku lemah
    Selamat hari Raya

    x0x0 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan dari kak Ummi, truskan berpantun, terimaksih singgah, smoga success ya...:)

      Delete
  9. Salam Ummi, selamat bersegmen!

    Pomen hapak tidak disukai,
    Tidak bergaya yang utama diberkati,
    Segmen Gempak Mieza disertai
    Semoga berjaya agar terpilih nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sahabatku...:)

      Posmen ternampak Liza dan nyonya,
      Seraga kobis seberat buah;
      Segmen Gempak Mieza yang punya,
      Moga sukses erat ukhuwah.. :)

      Delete
  10. assalamualaikum dan terima kasih diucapkan,
    di atas kunjungan ke blog aiza,
    moga ukhwah kita berkekalan,
    selamat bersegmen dan semoga berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setangkai mempelam setimbun keladi,
      Seraga papaya seberat angkatan;
      Waalaikumsalam serimbun budi,
      Semoga berjaya erat persahabatan. =D

      Delete
  11. favorite buah buahan tentulah buah longan
    kenyang makan sambil sendaya,
    acik datang beri sokongan,
    untuk ummi semoga berjaya

    ReplyDelete
  12. Wahh pandai berpantun..terima kasih sudi join..mcm mana nak balas pantun ni..,tak pandai la Ummi..hehe

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.

    ReplyDelete
  14. pergi beraya di rumah pak ya,
    bawa bersama rakan-rakan,
    terima kasih kerana sudi singgah blog saya,
    salam perkenalan sy hulurkan.
    p/s-maaf,tak pandai sangat nak pantun2 nie..hehe

    ReplyDelete
  15. Alamak..xdan nk wish..he3..nnti sy balas pntun tu yup..hi3..

    ReplyDelete
  16. datang terjah dari segmen yang sama :)

    http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2013/08/segmen-gempak-mieza-jhaa-k.html

    ReplyDelete
  17. baru sempat membalas kunjungan.. :)

    singgah dan follow sini.. #122

    http://chipmunkandbarney.blogspot.com/2013/08/segmen-gempak-mieza-jhaa-k.html

    ReplyDelete
  18. hari ini hari selasa,
    selesai sudah follow back..

    hehe pantun 2 kerat :))))

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^