Wednesday, August 7, 2013

Pantun Lambaian Ramadhan Gemerlap Syawal.....




Assalamu'alaikum, terimalah selembar pantun dari Ummi istimewa yang sekadarnya buat pembaca sekelian....^^

Malam berdentum tiada berbintang
Kabur kelam pandangan sayup;
Assalamu'alaikum hamba dah datang,
Menghulur salam tangan berkucup.

Setelah sedar setelah fajar,
Langsir dicuci hari kelima,
Allahuakhbar Allahuakhbar,
Takbir suci kini bergema.

Perap bawal beracar rampai,
Diperap nanti jangan dijamah;
Gemerlap Syawal membuka tirai,
Gemerlap hati kemenangan ummah.

Rampai pandan beringin pauh,
Berasap pangkal belumlah mati;
Melambai Ramadhan semakin jauh,
Gemerlap Syawal tersenyum menanti.

Makan terasa bahan bersusu,
Diperap awal mari dimakan;
Sebulan berpuasa menahan nafsu,
Gemerlap Syawal hari kenenagan.

Pelam harum sejengkal kecil,
Pandang lebat busuk seminggu;
Dalam tersenyum Syawal memanggil,,
Rendang dan ketupat esok menunggu..

Singkap daun deraian embun,,
Embun menitik dipagi hari;
Gemerlap proton pakaian sedondon,
Sedondon cantik lagi berseri..

Kami saudara membakar mercun,
Seawal Maghrib memandu kereta;
Ummi bicara semekar pantun,
Syawal berkelip syahdu di mata..

Sungguh lawa bunga delima,
Jambangan pula semakin terukir;
Riuh ketawa keluarga bersama,
Jangan dilupa simiskin dan fakir.

Basah pinang seraga pauh,
Empunya dusun lebat mengkudu;
Usah dikenang keluarga yang jauh,
Hanya telefon pengubat rindu.

Belida haruan bertindan tilan,
Muara batu bertenggek helang;
Kepada tuan puan dan taulan,
Suara merindu merengek pulang.

Sesah perdu sebelahan perigi,
Titi yang tua berselang tali;
Usah merindu Ramadhan yang pergi,
Pasti ia berulang kembali,

Mencari buaya membaling papan,
Setelah bertemu basah keringat;
Di hari lebaran saling bermaafan,
Salah dirimu usah diingat.

Gemerlap Syawal kita terangkan,
Cahaya Ramadhan melambai pergi;
Seolah Ramadhan disetiap bulan,
Diberkati Allah sampai ber'pergi'.

Kalau menyalai siikan temoleh,
Keringat badan membungkus arang;
Walau melambai tetapkan kasih,
Semangat Ramadhan terus benderang..


Kepada sahabat-sahabat yang Ummi sayangi, dengan ucapan selamat menyambut Hari Raya 'Aidil Fitri dan semoga bergembira bersama keluarga tercinta di kampung.....kepada yang tidak dapat pulang beraya, gunakanlah telefon atau yang sewaktu denganya...agar hubunga erat terjalin dan dapat mengubat kerinduan pada ayah dan ibu....Untuk yang telah 'pergi' dhulu, sepohon doa dan harapan dari anak-anak dan sanak saudara semoga roh dicucuri rahmat oleh Allah SWT....begitu juga dengan Ummi, kerinduan pasti akan terubat pada hari raya keempat......jangan sedih-sedih...dalam gembira usah dilupa pada yang tiada dan orang-orang yang susah.....sama-samalah kita bersedekah.......

Sampai di sini dulu insyaAllah kita bertemu lagi.....Ummi dah nak sibukkan diri kat dapur.... :)



Salam kasih mesra,
Minnal 'Aidil Wal Faizin....

UmmiAin

30 comments:

  1. salam syawal kak..fizi nak perpantun x reti..hehhe selamat hariraya aidilfitri maaf zahir dan batin..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil fitri buat Fizi, terimakasih kerana datang ke blog kak Ummi, kuih raya akan dijamu..., maaf dzahir dan bathin buat Fitri juga ya ^^

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat kak ummi, mak mertua pilihan ramai. heee.. semoga terus berpantun... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, terimaksih Hairul kerana singgah ke sini, selamat hari raya juga buat adik kak Ummi semoga terus menjadi chef pilihan no satu dan menantu terbaik.... ^^

      Delete
  4. Undan berlagu di awal pagi,
    Tilan sepat di muara Sedeli;
    Ramadan berlalu Syawal mengganti,
    Entahkan dapat bersua lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undan longlai mati di perdu,
      Seawal petang sampaikan nanti,
      Makin lelah tempua pergi;
      Ramadhan melambai pasti dirindu,
      Syawal datang sebagai pengganti,
      Izin Allah bersua lagi.

      Tq Salmi.. =)

      Delete
  5. Salam Aidilfitri 1434H, maaf zahir dan batin andai ada kesalahan dari saya, Zulkifle(zulkbo) seisi keluarga. Buang yang keruh, ambil yang jernih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terimakasih Zulkbo, Ummi juga mohon maaf seandainya terdapat kesilapan bicara dalam dan luar....selamat menyambui hari raya 'Aidil Fitri semoga bergembira di samping keluarga tercinta....amin.. dari Ummi sekeluarga.. =)

      Delete
  6. selamat hari raya ya kak ummi... ;)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya ummi. Mohon maaf andai ada tersilap kata, terlanjur bicara.

    Telefon dimanafaatkan sebaiknya. Jangan pulak berfb sampai lupa tetamu sudah la ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimaksih Cikgu...itulah yang sebaik-baiknya... :)

      Delete
  8. Kebaya nyonya tenunannya lembut,
    Molek digaya diwaktu pagi,
    Hatiku tertanya mulut menyebut,
    Duit raya bila nak bagi? hehe :)

    Selamat hari raya kak.. Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekak jerami di sarang kenari,
      Walau hapak dicabut dipunggah;
      Kak Ummi pun orang yang beri,
      Kalau hendak jemputlah singgah... :D

      Selamat hari raya 'Aidil Fitri buat adik akak, mohon kemaafan andai ada terkasar bahasa dalam gurauan....terimakasih Cikgu Fikri... :D

      Delete
    2. Pohon melati tumbuhnya rendah,
      Di pinggir paya tepian pauh,
      Niat di hati ingin bertandang,
      Apakan daya jaraknya jauh.

      Delete
    3. Sedondon berskaf merasa malu,
      Kerling mata berdendam- dendaman;
      Mohon maaf dosa dahulu,
      Saling kita bersalam-salaman.:)

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Ummi dari kami. Maaf dihulur di hari mulia ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidilfitri buat adik akak EL semoga bergembira di samping keluarga tersayang, andai ada terkasar bahasa dalam gurauan komen kak Ummi mohon maaf ye...terimaksih kerana singgah tpi kuih rya takdak...hehe... :)

      Delete
  10. Replies
    1. Selamat hari raya minnalaidil walfaizin buat kak ina sekeluarga dari ummi... Maaf zahir dan batin ya.. :)

      Delete
  11. Salam Aidil Fitri Ummi.maaf zahir batin.knah mohon maaf andai ada komen2 atau pantun knah yang tidak menyenangkan hati Ummi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, selamat hari raya Aidil Fitri buat kak nah sekeluarga semoga bergembira di samping keluarga tercinta....andai terkasar bahasa ummi tatkala beri komen, mohon ampun dan maaf ya kak nah...terimaksih ya :)

      Delete
  12. Di jalan raya ramai polis,
    Mereka menjaga keselamatan;
    Hari raya sudah pun habis,
    Hamba terlewat mohon kemaafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketulan halia dihiris-hiris,
      Nangka sebiji dibuat gulai;
      Bulan raya dekat nak habis,
      Maka janji sempat tak tertunai...

      Delete
  13. maaf zahir batin
    dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi pun ingin mohon ampun dan maaf seandainya terdapat salah silap ketika berpantun di teratak cikgu dan balasan komen Ummi dari dahulu hingga kini...maaf zahir batin dunia akhirat....

      Delete
  14. Di jalan raya ramai polis,
    Siap menjaga keselamatan;
    Hari raya sudah pun habis,
    Hamba terlewat mohon kemaafan.

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Ummi...
    Maaf zahir batin. Semoga Ummi ceria sentiasa dan menyambut hari lebaran dgn penuh rahmat dariNya.

    Ramadhan pergi penuh kesedihan,
    Syawal datang membawa keceriaan,
    Ganjaran ibadah dipenuhi tuhan,
    Raya disambut penuh kesyukuran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut hari lebaran buat sahabat Ummi BM....yang budiman.. :)

      Makan secangkir gulainya patin,
      Gulai sedap terasa menyingau;
      Maafkan zahir dan juga batin,
      Andai tersilap semasa bergurau..

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^