Wednesday, May 29, 2013

Pantun Syahdu Rabu.....


Tanam ketum tebu sembunyi,
Jerami masam melilit perdu;
Assalamu'alaikum di Rabu sunyi,
Ummi berilham sedikit madu.


Bulu tempua berterbang-terbangan ,
Kerana teruja bersua-suaan;
Dahulu berdua berpasang-pasangan,
Ke mana sahaja berdua-duan.

Lalu harimau menghentak tanah,
Seekor tua berbadan tampan;
Sebulu sebau jauh tak pernah,
Tidur berdua bertindan badan.


Kuini mangkal dimakan kenari,
Kedondong pauh terendam-rendam;
Kini tinggal badan sendiri,
Bermenung jauh terkenang semalam...

Hari berangin hari berawan,
Terang redup bersenja-senja;
Sendiri bermain mencari kawan;
Sekarang hidup dimanja-manja.




Kalam berpena....

UmmiAin

16 comments:

  1. ummi memang kreatif...suka baca pantun2 ummi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Farah dear....pantun biasa ja.... ^^

      Delete
  2. Asal kapas menjadi benang,
    Asal benang menjadi tali;
    Barang lepas usah dikenang,
    Cari yang lain sebagai ganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terang jelas seperti kunang,
      Laksana rumah berlampu mati;
      Barang lepas pasti terkenang,
      Kerana sudah terbuku di hati.

      Terimakasih cikgu.. :)

      Delete
  3. Salam Rabu,
    Datang hamba bertamu... :)

    Tangan pedih terkena bara,
    Harum halwa serlah kemanisannya,
    Jangan sedih berduka lara,
    Senyum tawa adalah penawarnya...

    Hari berangin hari berawan,
    Awan berganti ribut melanda,
    Sendiri bermain mencari kawan,
    Kawan menanti diRelaks Minda... :)

    Jangan berkayuh dihujung sauh,
    Buatkan teman sebuah sampan,
    Jangan mengeluh termenung jauh,
    Kuatkan iman majulah kehadapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam semanis madu,
      Tuan datang hamba menunggu..

      Limaulah lebat limau dimakan.
      Berdaun jarang mesti dilihat;
      Dikaulah sahabat dikaulah rakan,
      Pantun dikarang berinti nasihat.

      Terimakasih sahabat..... :D

      Bangau berkepak belum berselak,
      Balam merpati menyapa perahu;
      Walau nampak tersenyum dan gelak,
      Dalam hati siapa yang tahu.

      Hendak membeli si bedak talkum,
      Puteri Banang mandi di laman;
      Tidak peduli tidak bersenyum,
      Memori dikenang jadi pedoman...

      Delete
  4. Lama sudah tidak ke ladang
    Habislah padi di lilit kangkong
    Lama sudah tidak ku pandang
    Putuslah hari pengarang jantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kerana tenggiri mati,
      Mati disapa kembar petapa;
      Akan ke mana ku cari ganti,
      Pengganti serupa sukar dijumpa.

      Terimakasih Kak Ani... :)

      Delete
    2. comel gambar di atas itu.. kak umi punya binatang ke tu?

      Delete
    3. susah nak jumpa terllu mempilih ini sis ummi hee...

      Delete
    4. bin

      suruh senyum kalau tak senyum payah dah kena makan ubt cari org mudah ketawa jawabnya

      Delete
    5. Ya Suri....itulah haiwan kesayangan kak Ummi yang ada sampai sekarang, 'hilang pergi' seekor demi seekor....

      Kalau tak tersenyum kena tonton Raja Lawak baru ketawa. Suri datang singgah ke sini pun dah buat Kak Ummi senyum...terimakasih Suri dear... :)

      Delete
  5. Replies
    1. Batang tanjung terjulur ke dalam,
      Setangkai mempelam ke tanah gambut;
      Datang berkunjung menghulur salam,
      Waalaikumsalam Kak Nah ku sambut. :)

      Delete
  6. Lemah lembut sigadis sunti
    Manis senyuman cantiknya rupa
    Yang hilang cari pengganti
    Buat peneman walau tak serupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang helang termakan peniti,
      Turun semua hinggap melihat;
      Yang hilang takkan ku ganti,
      Mohon berdoa setiap solat.

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^