Wednesday, May 15, 2013

Pantun Kembar Gambar..


Assalamu'alaikum kepada teman,
Santun ibu kami mendakap;
Dalam senyum ada rangkuman,
Pantun Rabu Ummi berangkap.




Lastik tekukur pedih di tangan,
Jatuh ke tingkap dicari ibu;
Asyik tidur bertindih lengan,
Lenguh bercakap di hari Rabu...




Masak kicap semayang petai,
Dipetik salad salad yang lesu;
Hendak bercakap sayang tak pandai,
Baik berehat buat-buat bisu. 

Sabar Mak Tua turun menjemur,
Kain bergunting mari dibasuh;
Berkembar dua pantun berhumour,
Di lain 'posting' ku beri sepuluh.

Tenun berlembar bunga pulasan,
Serlah persada warisan jawa;
Pantun bergambar hanya hiasan,
Janganlah ada terkesan di jiwa.

Pianggang bercumbu di bawah muka,
Ngeri mama terasalah gigil;
Gelanggang Rabu Ummi dah buka,
Mari bersama mengasah skil.


p/s Senyum selalu... :D


Kalam berpena...

UmmiAin

11 comments:

  1. Dalam kabur seri mnggebu,
    Salam dihulur di hari Rabu...

    Jatuh ketingkap di cari ibu,
    Melantun bergema purnama merindu,
    Lenguh bercakap di hari Rabu,
    Berpantun bersama irama merdu...

    Melenggang suka tonton bersama,
    Berkocak rasa menghambat mangsa,
    Gelanggang dibuka pantun bergema,
    Berpencak bahasa martabat bangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelam manis tepinya merah,
      Salam Khamis pagi yang cerah..

      Dahulu gebu sekarang penat,
      Suami berang hampir seminggu;
      Selalu Rabu ramai berehat,
      Ummi seorang berair lagu.

      Mula melenggang langkah pusaka,
      Tari makyung berkain tenun;
      Bila gelanggang sudah dibuka,
      Mari mendayung bermain pantun.

      Terimakasih Relaks Minda... :)

      Delete
  2. Assalamualaikum ummi

    comel2 je anak2 kucing tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Kak Nah ku sayang.. :)

      Ombak berdesing memanggil senja,
      Kembang awan bayangan bumi;
      Anak kucing comel dan manja,
      Memang haiwan kesayangan Ummi..

      tq Kak Nah =)

      Delete
  3. Anak kucing berebut susu,
    Ibu tidur bersilang kaki;
    Besok dah tiba hari guru,
    Apakah hadiah mahu diberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari meluru ke arah helang,
      Tempua belum terbang ke sarang;
      Hari Guru telah menjelang,
      Doa seharum pantun dikarang. :)

      Selamat Hari Guru buat cikgu semoga sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt...amin :D

      Delete
  4. Salam kembali...

    Baru selidik situasi hidupan,
    Menjamu budak tersiku gelas,
    Punya segan berdepan kesima letih,
    Guru pendidik generasi hadapan,
    Jasamu tidak dapatku balas,
    Hanya doa dan ucapan terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkedek-kedek si anak angsa,
      Di tepi buluh pagar berduri,
      Terkena sungkup lalu berdarah;
      Dkaulah pendidik anak bangsa,
      Menjadi penyuluh membakar diri,
      Jasamu termaktub di buku sejarah.

      Delete
  5. terima kasih kak atas ucapannya... ni pantun khas terima kasih utk akak :)

    Hinggap kedidi di pohon meranti,
    Belaan puteri kasihnya lebih,
    Sejambak budi indah berseri,
    Hantaran hati ucapan kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tembak kedidi pagi pun belum,
      Masih lama Subuh di nanti;
      Sejambak budi wangi menharum,
      Kasih ku terima berlabuh di hati.

      Indah pantun cikgu...:)

      Delete
  6. Jendela ditutp terkena tenpias
    Lebatnya hujan pandangan kabur
    Pantun diukir bahasa berhias
    tak perlu bergambar pun dah terhibur

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^