Thursday, April 11, 2013

Pantun Masam-masam Manis....


Buaya muara gerun membengis,
Kuat menggelupur tenggelam muatan;
Saya bicara pantun yang manis,
Buat penghibur dalam peringatan.


Salam bicara pantun terkedu-kedu...suara tiada dibawa angin lalu...mendayu-dayu bagai curahan hujan beribu....adakah tiada suara dihari Rabu..namun Ummi teruskan berpantun melagu-lagu rindu...buat menghibur jiwa yang syahdu....dengan tema atau tajuk MASAM-MASAM MANIS....apakah yang masam dan ada pula yang manis....? Mungkin senyuman anda atau siapa sahaja yang manis...haha, senyum mahu manis dan hati pula mahu baik baa... :D



Manis di luar masam di dalam....


Ni marah ke geram ke.....masam nya muka.....laklaklaklak

Comeinya cek senyummm....

Awat masam ja.....satgi dapat makan manis la tuu...


Baiklah pembaca@pemantun budiman...

Jom kita sama-sama berpantun...Ummi tahu pasti ada di kalangan anda yang agar sukar untuk berpantun...dan tidak kurang pula majoriti yang pandai menyusun dan mengarang pantun-pantun.... tapi tak mengapa, boleh rujuk pakar pemantun orang lama yang lebih pakar dan juga orang-orang baru yang talented.......jom, sila....o...sila...

Selendang kusam baru direndam,
Sayangnya hamis mula berair;
Ada yang masam terlalu masam,
Ada yang manis bak gula pasir.

Minyak balsam di cemara kusam,
Luka yang dalam Ummi tak tahu;
Banyak masam perkara masam.
Muka yang masam kami tak mahu.

Pengemis malas mula selubung,
Mengemis sepagi di Taman Midah;
Manis melecas si gula kabung,
Manis lagi senyuman terindah.

Asam-asam si sayur kobis,
Dibuat kudapan sibuah mangga;
Masam-masam bercampur manis,
Adat kehidupan berumahtangga.

Selendang kusam selendang marhanis,
Tekapnya jarang kembang berbiku;
Terkadang masam terkadang manis,
Sikapnya orang memang begitu.

Kelabu sedondon ke kedai antik,
Kata membeli si asam kandis;
 Ibu menonton rampai klasik,
Cerita legenda MASAM-MASAM MANIS..

Habis tenggelam terkapar di sampan,
Kalah si tuna lelah dan lemah;
Manis dan masam sekitar kehidupan,
Biarlah sederhana biarlah berhemah.

Pecah selera berulam petai,
Urap dicelur berampai kerisik;
Rencah bicara dalam menyampai,
Harap ditegur seandai terdetik.

Suami berkebun menanam bendi,
Bendi selebat tunas pun turun;
Kami memohon mengharap sudi,
Sudi sahabat berbalas pantun.

Dalam mencari idea berpantun...memanglah sukar untuk merangkai ungkap rangkapan pantun, harus kena dengan rima dan sukukata.....apa yang lebih penting bagi Ummi adalah koleksi perbendaharaan kata haruslah banyak.....betul tak cikgu.......pembayang dan maksud hendaklah selari...barulah pantun ada masam dan ada manisnya....sedap didengar dan dibaca........

Baiklah sahabat-sahabat Ummi yang Ummi hormati..... sekiranya ada terkasar bahasa terkalih bicara harap sambutlah susunan jari sepuluh ku....sampai jumpa lagi dalam gerimis hujan menangis....salam sayang sedikit-sedikit....yang banyak dah bagi kat diri sendiri dan suami tercinta.....haha, dan salam manis buat anda semua...jumpa lagi insyaAllah..... =D


Cenderawasih cepatnya turun,
Turun ke dunia melihat aksi; 
Terimakasih sahabat berpantun,
Pantun semua ku buat koleksi.


Kalam berpena....

UmmiAin


25 comments:

  1. salam.
    hujung rima mesti ada byk kosa kata kalau tidak payah gak nak cipta pantun walau 2 kerat barisannya

    ReplyDelete
  2. Salam manis pembuka bicara,
    Masam manis cuka dan gula,
    Dalam sinis muka ceria,
    Geram habis bersuka ria...

    Menawan gadis lunak suaranya,
    Bukan lampai sebaris saksama,
    Makanan manis enak rasanya,
    Jangan sampai diabetis menjelma.

    Bukan suka dalam terluka,
    Hati terpaut dapat bersua,
    Jangan muka masam mencuka,
    Nanti berkedut cepat tua...

    Asam habis sudah ketahuan,
    Mahulah berhutang cukup terhina,
    Masam manis rencah kehidupan,
    Barulah seimbang hidup bermakna.

    Manis pulut santan binasa,
    Manis mulut badan binasa.
    Indahnya pantun lama :) Walau 2 kerat tapi cantik dan dalam maknanya...
    Semoga pantun terus hidup selamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam gerimis hanyut terlena,
      Cenderawasih berlaguan dendang;
      Salam manis seraut pesona,
      Terimakasih tuan bertandang.

      Ikan dihiris tangan menggagau,
      Masak sedikit rendang kelapa;
      Makan manis jangan terlampau,
      Kelak penyakit datang menyapa.

      Bangau di tasik berendam muka,
      Gajah memekik bergegar semua;
      Kalau dah asyik masam mencuka,
      Wajah cantik bertukar tua.

      Kelam nian redup dunia,
      Maghrib diazan dalam masjidnya;
      Dalam titian hidup manusia,
      Wajib berintikan masam manisnya.

      Santun Mak Tua berlipat sarat,
      Kalau menenun hiasan kebaya;
      Pantun dua dan empat kerat,
      Walau apapun warisan budaya.

      p/s terimakasih setangkai bunga buat tuan budiman kerana sudi berpantun-pantun tanpa rasa jemu di blog Ummi yang tak seberapa ini...terimakasih sekali lagi... Ummi menanti terus menanti.. :D

      Delete
  3. lama tak berpantun...nak try juga lah

    mengidam mempelam hajati dihati
    masam sampai sepet mata
    MV datang singgah di sini
    tanda perkenalan akak diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan buat selama-lamanya dari kak Ummi =D

      Delete
  4. ikan bawal masak cuka
    ikan tengiri masak berlada
    berbicara tanpa suara
    ukhwah terjalin sesama kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rimba tenggara menyapa mata,
      Buah dipilin tunggul digali;
      Hamba bicara tanpa berkata,
      Ukhwah dijalin bersimpul tali.

      Delete
  5. Pagi-pagi tangkap ayam,
    Hajat nak buat masak kari;
    Senyum diberi mengapa masam,
    Adakah kerana tak mandi pagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaa....Ummi dah cakap dulu...memang cikgu otai pantun...haha...dengarkan ya.. =D

      Harum sepagi siikan pekasam,
      Pesona peria disebut kari;
      Senyum diberi dikatakan masam,
      Kerana sidia dah cabut lari..=D

      Delete
    2. Burung balam burung merpati,
      Patutlah muram di pagi hari.

      Delete
    3. Pagi muram petang dah ketawa,
      Kerana cikgu datang lagi..hehe, tq cikgu.

      Delete
  6. menarik pntun ummi.
    sy nk kene minda fresh bru dpt nukil pntun..
    tu pn 2 kerat ..haha
    ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhil....bila dah fresh baru masuk pantun....jangan tidak.....apapun terimakasih kerana sudi datang singgah....=D

      Delete
  7. Salam diberi pantun bersambut =)

    Senyum manis semanis madu
    Pembuka tirai hukum berwadah
    Masam manis melukis rindu
    Duka terlerai senyum diwajah



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam menyambut pantunmu KakNah =)

      Mengkudu kecut disiram habis,
      Kuntum melati lebat dan lawa;
      Rindu disebut masam dan manis,
      Senyum bererti pengubat jiwa.

      Delete
  8. Batu dibentuk dalam kabur,
    Sudah kelam kadang melantun,
    Pintu diketuk salam dihulur,
    Tengah malam datang berpantun...

    Rasa kelat bening berkuah,
    Tumis labu sudah dituang,
    Bila dapat gading bertuah,
    Manis madu sepah dibuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam kecut ditatang puteri,
      Sapu arang berbirat kuali;
      Salam bersambut di petang hari,
      Baru sekarang dapat ku beli.

      Jala berlipat kering di sawah,
      Sampah dituang terkena perigi;
      Bila dapat gading bertuah,
      Sepah dibuang tak berguna lagi.

      Delete
  9. wahh bestnya pantun ni... (maaf mia tak berpantun ni... huhuhu xde idea..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun kak Ummi biasa-biasa ja Mia.....datang lagi ya jangan lupa berpantun....Mia memang talented....i know it dear :D

      Delete
  10. naik pedati mencari ragi,
    ketemu gadis menjual bunga;
    kalau hati berkarat dengki,
    muka manis apa gunanya ?

    * untuk yg ingin berpantun tetapi takut mencuba, saya dengan rendah hati mencadangkan merujuk panduan ringkas seperti pautan di bawah:

    http://puecorgxret.blogspot.com/2011/07/panduan-ringkas-cara-cara-mengarang.html

    ReplyDelete
  11. Roti berbaki sudah berangin,
    Belum dicecah nanti tak mahu;
    Hati yang dengki mengalah cermin,
    Senyum di wajah hati tak tahu.

    Kepada para pemantun budiman yang ingin belajar mengarang pantun, sila rujuk kepada link yang dipaparkan di atas...ya =D

    p/s Terimakasih daun keladi, kalau boleh datang lagi..

    ReplyDelete
  12. senyum simpul kemari lagi =)

    kecur bukan terang kolam
    Masam peluh keringat bentan
    Gelugor bukan sebarang masam
    Masam penuh khasiat dan ubatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kakNah kemari :)

      Laksam Selangor namanya laksam,
      Laksamnya berlada dibuat lambat;
      Asam gelugor rasanya masam,
      Masamnya ada khasiat berubat.

      Delete
  13. Batik lusuh warna luntur
    Pakai bersama sikurung tua
    Jari tersusun bicara teratur
    Mohon menitip sepantun dua

    Awan mendung hari pun suram
    Suria hilang menanti hujan
    Masamnya muka hatinya geram
    Bila angannya tak jadi kenyataan

    Berjalan bersama di tepi taman
    Suria tersenyum di balik awan
    Manis bicara semanis senyuman
    Hati yang rawan terus tertawan

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^