Monday, March 11, 2013

Pantun Untuk Mia Liana...



Salam manis dari Ummi....buat pengetahuan sekelian, masa mula-mula Ummi menapak di alam berpantun, blog inilah yang Ummi terjumpa dulu, cari punya cari rupanya ada segmen berpantun dari Cik Mia Liana..tapi sudah agak terlambat..apapun tahniah buat Cik Mia Liana kerana berjaya menjadi blogger popular...setiap entrinya di'update'kan sampai Ummi tak dapat nak kejar...

Buat Cik Mia, sekalung doa dari kak Ummi semoga kejayaan sentiasa menjadi  pakaianmu...amin insyAllah.. =D


Berdentam dentum malam bersuara,
Bumi bermega angin berpuput;
 Assalamu'alaikum salam sejahtera,
Ummi juga ingin menyahut. =)

Salah melurut belahan kaca,
Jari terluka bersirat lipan;
Silalah ikut silalah baca,
Entri dibuka buat tatapan.

Si gadis menjamah hanya sepinggan,
Pastinya sedap laksa Cik Ika;
Bloggerwanis peramah punya perwatakan,
Entrinya baru setiap masa dan ketika.

Mencari bubu di laluan paya,
Menyuluh ular di rumpai banat;
Seorang isteri ibu dan graduan berjaya,
Sungguh popular ramai peminat.



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....


Kebaya bunga pesona tulip,
Bersirat indah berlipat tenun;
Saya hanya menjana nasib,
Buat menambah sahabat berpantun.

Kelat pisang bersisir-sisir,
Harum petai harumnya mahu;
Berat pandang difikir-fikir,
Belum try belumnya tahu.

Pakai selepang hendak bergaya,
Angan berjumpa si gadis Changlun;
Andai datang ke teratak saya,
Jangan lupa secebis pantun,

Patah cangkul dipijak-pijak,
Sampai pangkal bertabur-tabur;
Entah betul entahkan tidak.
Andai janggal haraplah tegur.


Sekian saja...salam manis dari Ummi. =D


Kalam berpena...

UmmiAin


124 comments:

  1. Assalamua'laikum...

    Buat pelamin budaya diterapkan,
    Berdua bergaya teramat pandai,
    Selamat bersegmen saya ucapkan,
    Semoga berjaya matlamat tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam...selamat buatmu juga ya =)

      Lumat cabai dimamah cepat,
      Menjamu nasi berulam timun;
      Matlamat dicapai menambah sahabat,
      Ilmu dikongsi bersulam pantun.

      Delete
  2. Assalamualaikum w.b.t & Selamat Petang.. Eraz datang guling-guling ke sini melalui Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com.. [ http://www.erazfadli.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html ] Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com | ERAZ FADLI

    ReplyDelete
  3. Bergaya hero berbaju kuning,
    Heroin resah dalam senyuman;
    Segmen follow n blogwalking,
    Buat menambah rakan taulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simen hollow berdesing-desing;
      Lebah menyengat di celah daun;
      Segmen follow and blogwalking,
      Bertambah sahabat bertambah pantun..

      Delete
  4. Menyimbah hujan ke dalam paya,
    Benang dipilin berkerat-kerat;
    menambah kenalan di alam maya,
    ukhwah terjalin moga dipererat.

    ReplyDelete
  5. Rebah pengkalan di dalam paya,
    Sawah belum hendak menjadi;
    Menambah kenalan di alam maya,
    Ukhwah harum semerbak budi.

    * Terimakasih Salmi kerana datang berkunjung ke blog Ummi.. =D

    ReplyDelete
  6. dari segmen yang sama . :)

    http://www.cikfie.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana ziarah ke blog kak Ummi :D

      Delete
  7. moga blog yang memperkasakan pantun ini terus diingati dan sukses....syabas ummi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAlah Siti...terimakasih..begitu juga dengan blog Siti...semoga kejayaan dan rezeki menjadi pakaianmu...amin.. :D

      Delete
  8. Assalam
    Mohon izin singgah.

    Awan mendung mentarinya merah
    Kota diraja santun dan ayu
    Puan berkunjung saya berziarah
    Kita berjaja pantun Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalm...

      Biji selasih di dalam kendi,
      Terimakasih berdaun keladi... =D

      Di hujung tanjung hari berawan,
      Tirai senja rebah bertemu;
      Kunjung mengunjung mencari kawan,
      Santai berjaja menambah ilmu.

      Delete
  9. banyaknye pantun kak ummi...fizi dr segmen yg sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Fizi..minat besar pantun pun banyak... :D

      Delete
  10. haii :)
    http://www.kisahemasputih.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan :)
    Ros singgah dari segmen yg sama.
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam dan selamat berkenalan buat Ros juga.. :) Terimakasih ya..

      Delete
  12. Salam Ummi manis..

    berat sekati biskut dipinta,
    patah sekerat diampu dipapahi;
    hasrat hati nak ikut serta,
    sayangnya syarat tak mampu dipenuhi.

    segan nak cakap tp nyatanya saya masih tak reti nak main circle2 tu...itu adalah salah satu sebab saya takleh nak follow blog followers....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam manis selalu buat Queenie ;)

      Kami takut teraba-raba,
      Teratak rebah ditekan pohon;
      Ummi ikut hanya cuba-cuba,
      Hendak menambah rakan berpantun.

      Memang circle ni menambah rakan tapi takla selalu dapat bersama sebab masa yang ada komitment untuk keluarga...kalau berkesempatan dapat online..bagi Kak Ummi hanya pantun-pantun kak Ummi lebih penting ... =D apapun terimakasih kak Ummi ucapkan buat semua termasuk Queenie kerana sudi datang ke blog kak Ummi... :D

      Delete
  13. wah entri berjalan2 ke blog makin mesara sekli cayalah sis umie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...dalam percubaan nak mencari rakan yang suka berpantun..just wait and see...boleh buat koleksi...cuba-cuba, kalau ada masa boleh saja... =D

      Delete
  14. semoga berjaya.. all d best.. ingat mia sara tadi.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Fiedza hehe...hajat tu ada juga...cuba-cuba saja..kalau ada masa.. =D

      Delete
  15. http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    Jauh berjalan ke negeri China
    Hajat nak beli sutera bersulam
    Hamba pecacai yang hina dina
    Merafak sembah menghulur salam

    Sutera bersulam hamba kirimkan
    Buat kekanda buah hati dinda
    Jalinan alam maya hamba ikatkan
    Follower ke #27 sebagai tanda


    Buah hati dinda selalu dikenang
    Mengharap cinta sentiasa didamba
    Tiada bersirih tiada berpinang
    Hajat menjemput puan ke teratak hamba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi beli... =D

      Masam empulur selera disebut,
      Disebut jangan ulaman nenas;
      Salam dihulur segera bersambut,
      Sambut dengan lembaran beralas.

      Buah mempelam di dahan lebat,
      Silihlah jati daun merimbun;
      Ukhwah disulam ikatan sahabat,
      Bolehlah nanti berpantun-pantun.

      Tirih teratak bergenang kelodak,
      Dibuat laluan cuba dicangkulkan;
      Bersirih tidak berpinang tidak,
      Hajat puan hamba kabulkan. =D

      * Terimakasih Ibu kerana sudi berpantun yang indah-indah di blog UmmiKami. :D

      Delete
    2. Kalau cik puan ke negeri melaka
      Singgah sebentar minum teh secawan
      Bahasa pantun indah belaka
      Merawat hati yang sedang rawan

      Delete
    3. Santun Ummi tiadalah bahasa,
      Sekadar diseri rampai irama;
      Pantun Ummi hanyalah biasa,
      Belajar dari otai yang lama.

      Terimakasih Ibu... ;D

      Delete
  16. masuk blog ni kena berpantunkahh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melantun-lantun siikan bilis,
      Dituba sampai mati selisih;
      Berpantun-pantun meriahkan majlis,
      Cuba try mestikan boleh.

      * Tak semestinya, tapi kalau dicuba tentu boleh..kan...OHCIKGU =D

      Delete
  17. done follo cnie. . :) dr segmen sma. . :D
    gudluck. . :3

    http://budaksukavanilla.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    kita xpndai pntun2. .cdey. . hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Vanilla, boleh cuba boleh tahu... :D

      Delete
  18. ohhh.. ada lagi blog berpantun selain blog kak ummi dan blog brother tehr... good luck yg sertai...

    ReplyDelete
  19. http://www.nurdzafirah.my/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    dtg follow sni blik... #keep bw :)

    ReplyDelete
  20. salam perkenalan.
    balas kunjungan yer.
    selamat bersegmen. :)

    http://pinkuntukaku.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh_9.html

    ReplyDelete
  21. datang ziarah dari segmen yg sama ^_^

    http://kum-pun.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
  22. kunjugan balas dr segmen yang sama juga ^^

    http://syanpunyabelog.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum , salam sejahtera... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alikumsalam....selamat datang ke blog Ummi =D

      Delete
  24. balas kunjungan dari segmen yg sama :)

    ReplyDelete
  25. Baru sempat nk blogwalking . Thanks for coming :)

    ReplyDelete
  26. selamat perkenalan Ummi..saya sudah follow ummi..

    ni pantun saya utk ummi:-

    assalamua'laikum pembuka bicara
    terima kasih singgah ke blog saya

    jadi ke ummi? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumbuh padi rumpai serumpun,
      Cari tempua mati terjerat;
      Sungguh jadi pandai berpantun,
      Dari dua mesti empat kerat.

      Haha, tq Azuria dear..datang lagi ye =D

      Delete
    2. hehehe azuria cuba ye

      enak sungguh kari che mamat,
      sampai bertambah tak cukup nasi,
      pantun 4 kerat azuria buat,
      harap terhibur hati ummi.

      jadi ke tak ye..hehehe

      Delete
  27. Makseh dear sudi singgah belog cik akak ...cik akak dah lapor diri balik kat sini..hihi...salam kenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Cik Akak..comelnya nama...=D

      Delete
  28. http://kumahuitu.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh_11.html

    SALAM PERKENALAN :)

    BALAS KUNJUNGAN

    ReplyDelete
  29. singgah siini :)
    follow sekali .

    http://www.munviolettaxious.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh_12.html

    ReplyDelete
  30. wow..teruja sy singgh blog saudari..
    lagu bground mmg layan..

    pokok kelapa pokok betik,
    penampilan blog sadari mmg cntik.
    hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Akhil kerana sudi singgah di blog Kak Ummi...

      Delima putih batangnya tinggi,
      Terimakasih datang lagi... =D

      Delete
  31. Wahh ! Dasyatnya blog ini , dihiasi dengan pantun . Balas kunjungan :)
    Done follow here .

    http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Wanie, selamat datang ke blog mama Ummi, singgah lagi bawa pantun ye =D

      Delete
  32. shad datang sini reply kunjungan kak Ummi..
    mama angkat shad pun suka sangat pantun, siap ada page lagi kat fb.. bagus2. kena teruskan, agar pantun ni tak lapuk ditelan zaman..

    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Sha..selamat datang ke blog mama Ummi, datang lagi dengan pantun ye =D

      Delete
  33. salam ummi .. ..
    fadzlun follow sini ..
    banyak nye pantun .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Fadzlun..selamat datang ke blog Ummi, terimakasih ya... datang lagi bawa pantun =D

      Delete
  34. Replies
    1. Tq n selamat datang ke blog Ummi...datag lagi dengan pantun :D

      Delete
  35. balas kunjungan dari segmen yang sama.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Miz Ruha..selamat datang ke blog Ummi...datang lagi dengan pantunnya ya :D

      Delete
  36. dari segmen sama ^^
    http://official-shahirasulaiman.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang ke blog Ummi...datang lagi bawa pantun ye :)

      Delete
  37. http://www.mhakimfaiz.my/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang ke blog UmmiKami..tq.. =D

      Delete
  38. kajang pak malau kajang berlipat
    kajang hamba mengkuang berduri
    dagang pak malau dagang bertempat
    dagang hamba blogwalking disini

    http://pening-pala.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegang paha pegang jejari,
      Cuba menahan gegar selisih;
      Dagang Pha dagang kemari,
      Hamba hamparkan tikar selasih.

      * Terimakasih buat Pha sebab datang kemari dan berpantun di blog Ummi.. :D

      Delete
  39. Salam singgah dari segmen yang sama :)

    http://dianaazisworld.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalm Diana, terimakasih dan selamat datang ke blog Ummi, datang lagi ye dengan pantunnya :D

      Delete
  40. umah saya kat tanah landai
    saya nak berpantun pun tak pandai

    hehe tq follow me http://luvlina.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa bata di atas lantai,
      Siapa kata Lina tak pandai ...

      haha, terimakasih Lina datang ke blog Kak Ummi..datang lagi bawa pantun, dua kerat pun tkpe :D

      Delete
  41. Membeli bawang di kedai Ah Lim
    Untuk majlis kenduri Kami
    Gembira sungguh hati mselim
    Dapat berkenalan dengan Kak Umi Kami

    mselim3

    pls: Salam perkenalan....daripada mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumi bersuara hendak memberita,
      Iklim petang meruntun-runtun;
      Kak Ummi gembira tidak terkata,
      Mselim datang berpantun-pantun.

      * Salam perkenalan buat mselim juga, terimakasih sekalung berlian kerana sudi singgah ke blog Kak Ummi, jangan lupa datang berpantun lagi ya :D

      Delete
  42. Makan Ayam Bersama Nasi,
    Makan Nasi Di Dalam Rotan,
    Terbang Datang Ikut Sini,
    Salam Kenal Saya Ucapkan...

    http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamar setangkai di dahan serong,
      Berbuah lebat diraut-raut;
      Asmar sampai bagaikan burung,
      Ukhwah sahabat sudah bertaut.

      * Terimakasih dan selamat datang ke blog Ummi, datang lagi ye boleh kita berpantun :D

      Delete
  43. dari segmen yg sama.. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html#comment-form

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum. Mira jenguk sini :)
    http://www.miramashimaaru.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Mira..terimakasih kerana sudi datang ke blog Ummi =D

      Delete
  45. Replies
    1. Sama-sama Diyan, datang lagi nextime bawak pantun, boleh.. =D

      Delete
  46. salam perkenalan...datang melayang dari segmen yang sama dan follow...

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, salam perkenalan buat Farah :D

      Selamat datang ke blog Ummi, terimakasih ye...:D

      Delete
  47. Untung2 blog ni akan direview oleh penganjur nanti.

    ReplyDelete
  48. salam perkenalan..
    ss datang dari segmen kak Mia..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Shuhaida...

      Terimakasih singgah n follow blog Ummi, datang lagi ye dengan pantunnya =D

      Delete
  49. Dari segmen yg sama:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    Follower ke 64 ..Jemput ke blog yumida

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasi Yumida kerana singgah dan follow blog Ummi, datang lagi ye dengan pantunnya =D

      Delete
  50. dari segmen yg sama , done follow , follow me back keyy.
    http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana singgah dan follow blog Ummi, datang lagi dengan pantun ya :D

      Delete
  51. saya nak berpantun kurang reti..hehe
    http://sayacikamal.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html
    saya follow sini semula k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana singgah di blog Ummi, salam perkenalan buat cik amal =D

      Delete
  52. u follow me,i follow u.
    thank ummi.(cantik blog)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih datang singgah blog Ummi...selamat datang, nextime datang lagi bawak pantun na..=D

      Delete
  53. Salam.... terima kasih kerana sudi join dan support Segmen Follow & Blogwalking #2 oleh Mialiana.com ini.

    Senarai peserta sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga segmen tamat.

    Selamat berblogwalking dan berkenalan dengan peserta segmen yang lain. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Mia...sama-sama, Kak Ummi pun suka dengan segmen ni, bertambahnya follower dan sahabat kak Ummi kerana segmen ini, kak Ummi amat berterimakasih dengan Mia kerana menganjurkan segmen seperti ini.... Alhamdulillah sambutannya sungguh memberansangkan, komen di blog Kak Ummi pun luar biasa dari yang kak Ummi jangka...terimkasih sekali lagi ya..=D

      Delete
  54. As salam,

    Singgah sini dari segmen yang sama..salam kenal

    http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam...terimakasih kerana sudi singgah ke blog kak Ummi...harap sudi datang lagi dengan pantunnya ye =D

      Delete
  55. salam perkenalan..
    husna singgah balas kunjngan..juga dr segmen yg sama..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan paling manis dari Kak Ummi buat Husna juga..teriakasih kerana datang ziarah ke blog Kak Ummi, harap sudi datang lagi dengan serangkap pantun ya :D

      Delete
  56. As-Salam.
    HH datang singgah membalas kunjungan. Maaf tak boleh nak klik Follower, kuar error page 404. Nak klik menerusi G+ follower, tapi tak ada pulak. G+ lebih bagus.

    Salam kenal dari HH - Penulis Blog Panduan Blogger - Top 3 Favourite Educational Blog MSMW2013

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam En Hasrul, salam kenal buat anda juga, terimakasih kerana sudi singgah ke blog UmmiKami, semoga persahabatan bertaut silatulrahim...harap sudi datang lagi dengan pantun ya =D

      Tq dan sama-sama. =D

      Delete
  57. Replies
    1. Terimakasih Siti, selamat datang ke blog kak Ummi....datang lagi dengan pantun ya :D

      Delete
  58. balas kunjungan..
    wahh..berpantun2...heheh
    han tak reti pantun2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Han.. =D

      Kelah siakap mati bertimbun,
      Keli di rumpun sedikit ngeri;
      Usah dicakap tak reti berpantun,
      Sekali berpantun Ummi gigit jari... hihi

      Delete
  59. fieza dtg membalas knjungan..salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Fieza sudi datang ke blog Kak Ummi, harap datang lagi ye berpantun dengan kak Ummi =D

      Delete
  60. singgah d sini dr segmen yg sama...salam kenalhttp://eryati.blogspot.com/2013/03/segmen-follow-blogwalking-2-oleh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih singgah ke blog kak Ummi...harap sudi datang lagi sambil berpantun dengan kak Ummi ye =D

      Delete
  61. Replies
    1. Terimakasih sudi singgah, datang lagi ye berpantun =D

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^