Tuesday, March 5, 2013

Pantun Masalah Ya Masalah..


Assalamu'alaikum.....lamanya baru kini Ummi dapat kembali....haha, kali ni tema berhawa kampung.... MASALAH YA MASALAH.....hidup di dunia jika takda masalah bukan manusia namanya...sedangkan masalah yang menjadi sebagai pengajar dalam erti kehidupan sebenar....anda ada masalahkah...

Masalah itu ibarat sebuah pertandingan, kita harus memenangkannya sebelum mendapatkan hadiahnya.

Jom kita berpantun bersama-sama untuk menambah kemeriahan suasana....pantun yang tidak seberapa tidaklah mengapa....hilangkan stress dan gundah gulana, jangan jadikan masalah berpantun masalah kita...
Pasti boleh..malah ada yang terlebih indah bersilih-silih...silakan ya... =D

Fikirkan lah...


Masalah rabun mata dengan masalah berat badan...huhu

Berbagai masalah dalam kehidupan..tafsir sendiri...

Mengharap kelah terlekat haruan,
Terbunkang joran disambar belida;
Setiap masalah ibarat ujian,
Matang fikiran mendewasa minda.

Kalah berlari seorang puteri,
Jejak habis selipar tenggelam;
Masalah dicari bukan datang sendiri,
Bijak menepis sabar dan faham.

Belah pangkal pangkin berpagar ,
Entah mengapa tidak berpaku;
Masalah sosial semakin menular,
Salahkan siapa hendak diadu...

Asap dupa sedikit mual,
Hala ke mana hendak dihidu;
Silap siapa penyakit sosial,
Bila semua tidak mengadu.

Ke Pekan Penanti membeli belah;
Berbunga-bungaan di senjakala;
Keluhan bersemi kerana masalah,
Bila hiburan maharajalela.

Terjumpa gelama diserkap kelah,
Umpan yang satu dimakan buntal;
Mengapa agama dianggap masalah,
Sedangkan itu yang akan disoal.

Berjubah ringan memakai serban,
Sedikit terserlah baju basahan;
Masalah keewangan selalu terbeban,
Penyakit bukanlah satu alasan.

Lencun kereta sudah berketang,
Menitis hujan di kayu basah;
Rabun mata susah memandang,
Sigadis pingitan ayu melangkah.

Mandi di kolah berlumba renang,
Makan sajian bersaji ulaman;
Hadapi masalah berjiwa tenang,
Tahan ujian menguji iman.

Datanglah angin di lautan lebar,
Takkan menghala ke seberang persada;
Masalah simiskin bertahan dan sabar
Inikan pula orang yang berada.

Galah sebatang sudah terjumpa,
Buah kuini di tangkai tua;
Masalah datang bertimpa-timpa,
Bijak tangani terungkai semua.

Berpesak jarang jalan berhenti,
Teruna Tumpat kini mengalah;
Bijak orang akan terbukti,
Kerana dapat tangani masalah.

Tuai pegaga berdaun tunggal,
Daun berhimpun belaian nyawa;
Andai ada pantun yang janggal,
Mohon ampun rangkaian jiwa.


Masalah adalah alat yang diizinkan Tuhan untuk menguji iman kita.  Jadi jangan takut jika kita menemui masalah, hadapilah ia dengan sabar dan tabah ... jangan lari daripadanya.  TETAPI... jika kita merasa selalu ada masalah di manapun kita berada, mungkin kelak akan jadi petandanya Allah sedang menunjukkan pada kita bahawa kita keras kepala dan keras hati....

Andai rakan-rakan sekelian ada masalah, mohon doalah pada Allah swt semoga dirungkaikan segala-galanya....insyaAlah...sekian sahaja dari Ummi, cukup sampai di sini sayang.....haha ( lagu Malek Redwan )
Yang buruk datangnya dari Ummi dan yang terbaik adalah dari Allah swt...salam manis seharum mawar buat anda semua para pemantun pujaan hati...silakan dengan pantun anda ya...


Kalam berpena....

UmmiAin


23 comments:

  1. tak pandai berpantun, singgah dengar lagu sajalah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau muda berpesak chiffon,
      Bunga selasih buat penyeri;
      Walau anda tidak berpantun,
      Terimakasih sudi kemari.=D

      Delete
  2. masalah untuk diselesaikan
    bukanlah untuk ditinggalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi melangkah hendak ke mana,
      Menarah rumpai serumpun pinang,
      Hadapi masalah bijak laksana,
      Masalah selesai hati pun tenang.

      Terimakasih Cikgu.. =D

      Delete
  3. Assalamua'laikum...salam setulus hati :O
    Kini Ummi sudah pun kembali,
    Memberi pantun masalah buat kami.

    Badan berpeluh dada pun lelah,
    Terbukti dia sudah berpunya,
    Jangan mengeluh ditimpa masalah,
    Pasti ada hikmah disebaliknya.

    Muka merah hendak berjumpa,
    Tanpa berteman hampa pula,
    Jika masalah tidak menimpa,
    Lupa tuhan lupa segala.

    Tika lelah mahu ketawa,
    Hilang petaka merobek dada,
    Jika masalah mengganggu jiwa,
    Tenang seketika diRelaks Minda.

    Masalah berpantun sudah selesai,
    Jom! kekedai mamak melantak tosai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam...
      Salam berjawab belahan deli :D
      Ummi pasti akan kembali,
      Pantun dijual wajib dibeli.

      Lelah sepagi menjerut buruan,
      Dipagi redup irama Persia;
      Masalah berbagi bermaksud tujuan,
      Selagi hidup bernama manusia.

      Galah sebatang mencapai dahan,
      Markisa merah di serata laman;
      Masalah datang sebagai peringatan,
      Sentiasa berserah minta pedoman.

      Makan serawa dihujung anjung,
      Gelak bersenda tersenyum santun;
      Tenangkan jiwa kunjung mengunjung,
      Di Relaks Minda dan Jom Kita Berpantun.=D

      Bukan santun sebarang santun,
      Santun puteri si anak watan;
      Bukan pantun sebarang pantun,
      Pantun kemari berlemak santan ooo... =D

      * Terimakasih sepohon cemara, Ummi rasa sungguh gbembira, pantun mu indah bersuara... =D

      Delete
    2. Salam dihulur seikhlas hati,
      Tidak dipelawa tetap ingin kemari...

      Setelah kelar bila ditaji,
      Bertarung sabung tidak mati,
      Masalah besar bila dipuji,
      Hidung kembang tak henti-henti. hehe...

      Rokok sekartun tiada berpunya,
      Berjanji kanda bukan memaksa,
      Seronok berpantun ada hikmahnya,
      Menguji minda kecekapan berbahasa.

      Delete
    3. Senang sungguh rasa dihati,
      WordVerifivation dah tak muncul lagi.

      Delete
    4. Bukan sengaja bukan main-main,
      Word verification cuma testing-testing..hehe

      Delete

    5. Wassalam jawapan belahan hati;
      Boleh kemari walau seribu kali.. =D

      Tumbuh cemara diretak tangga,
      Hujan sepetang berlencun-lencun;
      Sungguh gembira tidak terhingga,
      Tuan datang berpantun-pantun.

      Tanjung bercabang menghala jeriji,
      Bertemu hanya selebar peti;
      Hidung kembang bila dipuji,
      Itu tandanya berbesar hati.

      Tanam serumpun sibunga kantan,
      Serai semerbak di ruang taman;
      Dalam pantun ada peringatan,
      Dipakai hendak dibuang jangan.

      * Terimakasih banyak sebab selalu berkunjung dengan membawa pantun-pantun yang indah-indah...pantun mu memeriahkan suasana di teratak Ummi yang tak seberapa. =D

      Delete
  4. Masalah datang ujian Pencipta
    Untuk menilai ketaatan hambaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celah pasu rumpai tepian,
      Tumbuhnya sebelah tidaklah mahu;
      Masalah itu sebagai ujian,
      Sesungguhnya Allah Itu Maha Tahu.

      Delete
  5. kucing tak der mslah sb gemuk tu tanda dia senag hati dan kuat makan hee.yg jdi mlsh blh ker dia bergerak bawa perot sana kemari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kucing kalau dah gemuk nak bawak perut pun dh tak larat...

      Delete
  6. sy malas..dan masalah juga hee tpi akan usaha cri cara baik utk selesaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jala dilepas ditepi perahu,
      Senja berguruh senja menyepi;
      Bila malas menjadi baju,
      Kerja bertangguh kerja tak menjadi.

      Delete
  7. perempuan tua dimuka pintu
    merenung bunga gugur dilaman
    masalah datang masalah berlalu
    ujian Allah pertingkat iman

    salam ziarah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Emaa.. =D

      Sebelah petang mengerat dedalu,
      Mengumpil pagar mencari laluan;
      Masalah datang ibarat guru,
      Ambil iktibar jadi panduan.

      * Terimakasih kerana sudi berpantun di blog Ummi =D

      Delete
  8. salam ummi..

    sepatah kata jadi segalah,
    kambing di hulu dikata bebiri;
    sebelum kita salah menyalah,
    cermin dulu diri sendiri :)

    maaf ummi...wv anda mengganggu perasaan saya.. saya tak mungkin mampu selalu kemari kerana wv ini banyak membuang masa saya...maafkan saya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Cik Queenie...

      Sebatang galah letak di khemah,
      Secangkir bahulu harum berserdak;
      Salah menyalah tidak berhemah,
      Fikir dahulu sebelum bertindak.

      * Demi kawan-kawan kak Umi dah betulkan.. =)

      Delete
    2. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan...

      Delete
  9. Alhamdulillah terimakasih...
    testing..testing hehe

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^