Tuesday, February 5, 2013

Pantun Sayang Si Buta...


Salam hormat dan salam bahagia dalam kecintaan buat rakan-rakan, adik-adik pemantun, tuan-tuan dan puan-puan budiman dan yang seniman....tanya sama hati tepuklah dada tanya pula pada selera...kalau mata tak dapat mencari bukan bermakna buta, tapi tanyalah hati anda...kali ini pantun berkisar tentang tajuk BUTA......sayangnya sibuta berjalan tongkat, walau lambat namun hatinya kedapatan dalam kegelapan...tepuk tangan tanya iman,  dalam kategori mana kita..

Hendak diceritakan tentang episod kali ini, buta ada berbagai kategorinya, ada BUTA MATA yang tak pandai melihat dan mentafsirkan, MATA BUTA pula mata yang tak boleh melihat samada sejak lahir atau kemalangan, BUTA TULI, buta dan tuli pula, BUTA HATI, hati yang tidak nampak akan perkara-perkara baik dan sebaliknya, CINA BUTA, haha, bukan Cina yang buta tapi...faham-faham saja, CEMBURU BUTA pun ada, yang ni merbahaya, MEMBABI BUTA....ni lagi satu, maksudnya membuat kerja sambil melulu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu, dan juga haha, BUTA SINGH, pada orangnya, cuba anda sebut, kelakar pun ada....=D


Betul ke..

Buta sejarah...ada juga

Mere nam kia he...Mr Buta Singh...apa ada pada nama =D

Kudis buta..

Buta hati...

Kelapa pun buta...


Orang buta...

Buta warnakah...
Oscar...si kucing buta

Caakkk...!  Cantik nya, jangan pura-pura buta naa...huhu

Jom kita berpantun, sambil membaca mendengar lagu, jangan pula dibutakan telinga, dengar-dengarkanlah lagu nostalgia lagenda, kalau dah bosan dengan lagunya, nanti Ummi akan tukar dengan lagu yang lebih lama, jangan lupa air lagunya sentiasa berbunga-bunga.....ya =D



Pagi redup pergi Penanti,
Pandu kereta meredah kota;
Hati yang hidup menjadi mati,
Kerana buta kedua belah mata.

Ada bendang tumbuhlah padi,
Halau merpati ke mana hala;
Buta pandang semula jadi,
Kalau hati bagaimana pula.

Burung unta bulunya kesat,
Kepak luka terkena duri;
Cemburu buta harus disiasat,
Kelak duka merana diri.

Terkena mata sedang terlena,
Lemah tenaga terasa di tekak;
Cina buta mengundang bencana,
Rumah tangga sentiasa berkocak.

Buah melata di dahan melentik,
Durian dan serawa akan dimakan;
Buta mata masihkan cantik,
Iman dan taqwa bahan solekan.

Jambu batu dimakan gagak,
Terkena bata di tepi ampaian;
Pilih menantu hendakkan segak,
Kenapa buta yang jadi nilaian.

Kereta banyak perkara kereta,
Kereta Persona siapa empunya,
Buta banyak perkara buta,
Buta warna apa ubatnya.

Mama menunggu seorang diri,
Duduk menonton Sayang Si Buta,
Menjelma rindu membilang hari,
Asyik mengelamun terbayang di mata.

Tiara nona berbatu permata,
Pesona ratu puteri Sabahan;
Antara cina dan cinta buta,
Yang mana satu jadi pilihan.

Mata En Maaruf terkena api,
Muka dibasah sampainya pedih;
Buta huruf jangan diketepi,
Jika diasah pandainya boleh.

Dicelup merah tepi sekata,
Labuci dikarang sentung berlipat,
Hidup usahlah membabi buta,
Dibenci orang tanggung akibat.

Batu bata dialih kemana,
Nampak semak jalan ke kuala;
Kelapa buta boleh diguna,
Kerana lemak bersantan pula.

Santun kebaya tiada kerosang,
Dipakai sekejap serikandi pekan;
Pantun saya ada terkurang,
Seandai silap sudi maafkan.

Buta yang paling buruk ialah buta hati. (HR. Asysyihaab)

Seandainya jariku buta, maka pantun tidak dapat ku serta...sebenarnya cerita 'buta' ni banyak kalau nak di bicarakan, macam-macam buta yang ada, kalau nak kata BUTA IT yang tak tahu buat tahu saja....baik, sampai di sini dulu Ummi berundur diri....kerana tuntutan keluarga sedang menanti....
Di lain kali Ummi kembali lagi ya, insyaAllah... Jika ada antara pantun Ummi yang sumbang dan janggal di mata anda, Ummi pohon maaf selebat hujan ... sekian, salam manis dari Ummi. =D


Kalam berpena....

UmmiAin


32 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Terima kasih kak ummi berkongsi perihal buta. Moga2 kita dicerahkan hati.
    Hati yg cerah mendekatkan kita dengan Ilahi

    p.s. tiba2 tak jumpe pantun utk dibalas...inshaaAllah akan bertandang lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga kesidang sibunga melati,
      Tumbuh sebelah bertingkat-tingkat;
      Buta pandang terangnya hati,
      Sungguh Allah Maha Melihat.

      Sama-sama Hafiz, jangan lupa pantun untuk kak Ummi =D

      Delete
  2. Salam....
    Setiap hari ternanti-nanti pantun baru dari Ummi. Waduh!...lagu2nya sungguh nostalgia sekali. Terpaku sampai xtahu xkomen ape...Lupa kejap pasal topik...

    Istana indah di dalam kota,
    Tempat bersemayam raja beta,
    Fikir dulu sebelum berkata,
    Jangan sampai membabi buta.

    Bak kata pepatah: terlajak perahu boleh di undur...

    Cantik sungguh bunga melati,
    Ku petik sekuntum buat bonda,
    Jika anda buta mata dan hati,
    Singgahlah di blog Relaks Minda.

    Sorry Ummi...promote skit jer. Xpe kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam tuan nama,

      Pantai Dalam kami berhenti,
      Sekejap sahaja di Angkasapuri;
      Wa'alaikumsalam Ummi menanti,
      Harap teruja bila kemari. =D

      Kebun ciku pesona alam,
      Amat tenang tiada diganggu,
      Pantun terbaru ku bina semalam,
      Buat pandang selama seminggu.

      Dara sunti membawa kereta,
      Menutup dada bertanda di dagu;
      Buta hati dan juga mata,
      Relaks Minda ada menunggu.

      Tq.. =D




      Delete
  3. Dari kecil asyik teraba-raba
    Akibat penyakit buta warna
    Ubat buta warna, mudah sahaja
    Pakailah spec gelap warna

    psst: confirm nampak hitam je semua.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disangka lena ada suaranya,
      Kerbau mati termakan pahat;
      Buta warna ada caranya,
      Kalau hati banyakkan nasihat.

      ps: kalau pakai spec nampak hitam je, macam orang buta pulak ye.. =D

      Delete
  4. Salam Ummi,

    Nak tambah pantun satu~

    2 saudara sedang berkelahi,
    Hanya kerana berebut sirap bandung,
    Buta mata takdir Ilahi,
    Buta hati jangan disalah ibu mengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam, cantik pantunnya.. =)

      Buka peta bertanda merah,
      Hendak mencari ais krim Penanti;
      Mata buta redha dan pasrah,
      Itulah seri muslim sejati.

      Delete
  5. Bnayak rupanya kategori buta ni. Memang malang si buta. Siangnya gelap dan malamnya gelita.

    Salam kenal Ummi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan buat anda juga, terima kasih =D

      Hilang kereta terkena rompak,
      Hampir berkelahi lelah dan buntu;
      Malang sibuta kerana tak nampak,
      Takdir Illahi sudah ditentu.

      Delete
  6. Salam hormat UmmiKami...

    lama tidak refresh balik jenis-jenis buta ni,

    Hai UmmiKami apa khabarnya,
    semoga sihat dan ceria selalu,
    macam-macam buta ada rupanya,
    tanya diri kita yang mana satu...


    Ummikami kukenal tak lama,
    pandai berpantun kagum sangat,
    terima kasih di atas pantunnya,
    isinya padat penuh nasihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hormat buat anda juga Donny.. :D

      Terimakasih bertanya khabar,
      Kerana kamu selalu kemari;
      Cuma sedih buta berkembar,
      Buta ilmu rugi sendiri.

      Turun berendam memasang pukat,
      Letih sampai terasa sejuk;
      Pantun ku sulam dengan nasihat,
      Boleh dipakai buat petunjuk. :D

      Delete
  7. Pagi buta sudah keluar,
    Malam buta tak balik lagi;
    Sampai tua tidak belajar,
    Buta mata dan buta hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi buta sudah keluar,
      Redup gelap bersolat Subuh;
      Selagi kita tidak belajar,
      Hidup mengharap tanpa penyuluh.

      Delete
  8. maaf agak kelewatan singgah kemari,

    tudung litup melindung kepala,
    agar tidak merasa seksa,
    walaupun buta tetap mesra,
    jangan sesekali buta agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira kerana dah tiba.. :D

      Nyala andang pergi mengaji,
      Lama menyuluh gelap di titi,
      Buta pandang tahan diuji,
      Agama tak rapuh tetap di hati.

      Delete
  9. Harum sungguh bau roti,
    Dimakan bersama inti kayanya
    Buta mata terang hati,
    Buta warna susah jawabnya.


    p/s: terima kasih kerana selalu singgah ke blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta persona selisih pedati,
      Pasti menghala jalan yang dekat;
      Buta warna boleh diubati,
      Hati pula banyakkan nasihat.

      p/s: sama-sama, seronok kalau singgah ke blog En Hanafi...terimakasih juga kerana tidak jemu datang kemari.. =D

      Delete
  10. teringin nak berpantun tapi tak ada idea pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjuntai peri lebat kepayang,
      Daun merimbun terasa ngeri;
      Aduhai Cik Siti sahabat kusayang,
      Pandai berpantun taknak memberi..hehehe

      Delete
  11. mmg tak terkira buta kalau nak sebut satu2.. jgn kita buta semuanya, sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta rendang anak siapa,
      Angan menanti hendak dibagi;
      Buta pandang tidak mengapa,
      Jangan hati kelak rugi.

      Delete
  12. balas kunjungan, terima kasih atas doa akak...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sama-sama kasih Nazirah, harap sudi datang lagi ke blog kak Ummi ye, jangan lupa pantun..boleh =D

      Delete
  13. Yang paling penting jgn buta hati.. hehe

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan. carl datang singgah kembali disini =) best la blog ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...selamat berkenalan dari Kak Ummi juga...terimakasih bauan setanggi, kalau boleh datanglah lagi...=D

      Delete
  15. Salam Tuan rumah...

    kata kita tersasar maknanya,
    kecundang cinta hati tersiat;
    buta mata besar hikmahnya,
    penyelamat mata memandang maksiat.

    kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Cik Queenie...

      Merata-rata matinya todak,
      Mati memparang ditikam pedang;
      Buta mata hatinya tidak,
      Hati terang dalam memandang.

      Minta bata mari dibelah,
      Pagar terkopak ditendangnya liat;
      Buta mata diberi Allah,
      Agar tidak memandangnya maksiat.

      Terimakasih kerana menambah koleksi informasi..

      Delete
  16. biar buta mata jangan buta hati...apa pun tak bolih..

    ReplyDelete
  17. cinta buta itu mainan kata
    realy buta itu kehendakNya
    buta hati mintak dijauhi
    membutakan mata dan hati orang yang rugi

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^