Thursday, January 3, 2013

Pantun Tinggal kenangan..buat permata hati.


Salam hurmat jiwa syahdu..







Baru meniti hendak berjalan,
Rawan kenangan lelah berbagi,
Syahdu hati tidak kesampaian,
Haiwan kesayangan telah 'pergi'...

Mengah letih bersulam rindu,
Sering kenangan dihentak peristiwa;
Angah sedih memendam pilu,
Kucing kesayangan tidak bernyawa.

Masih terbayang terkancing suara,
Hingga nadi mencengkam raga;
Kasih sayang kucing dipelihara,
Semoga abadi di dalam Syurga.


Kalau dah memang penyayang...


Kalam berpena...

UmmiAin 

4 comments:

  1. Mengapa disulam bunga melati,
    Andai suasana masihnya pagi,
    Usah bersedih bermuram hati,
    Setiap bernyawa pastikan pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah diturih tanam mengkudu,
      Lada api dimakan tempua;
      Masih bersedih bersulam rindu,
      Redha di hati ketentuan DIA.

      Delete
  2. apa sebabnya ni, ummi?
    comelnya dia
    anak gadis saya mesti sedih kalau tengok ni

    ReplyDelete
  3. Ank kucing ank Ummi ni dh 'pergi'....atas riba saya, tu yang rasa sedih sangat tu, sempat beri dia manja cuma dua minggu, hasrat hati nak bela samapi besar. Anak kucing ni ditinggal ibu. Ttiba-tiba sakit tak lalu makan terus...sudah takdir Tuhan, apapun kasih dan kemanjaannya sentiasa dalam kenangan. Kalau rindu saya dan anak bujang pasti tatap gambarnya.

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^