Thursday, January 10, 2013

Pantun Siapa Itu Ya..



Salam hurmat di angin lalu.....saya hanya orang biasa yang bersemangat waja.


Motokar ferrari membelah angin,
Pergi menghala masuk ke Pertak;
Nama sendiri adalah Nur'Ain,
'Ummi' pula untuk anak-anak.

Hendak menanti hari yang indah,
Awal Zuhur mengangkat baja;
Anak jati negeri Kedah,
Tinggal di Selangor tempat bekerja.

Dahulu abaya kini bermini,
Pandangkan diri usah berbangga;
Dahulu saya menjadi kerani,
Sekarangkan menjadi surirumahtangga.

Nyonya menggali ubinya lama..
Baba membawa seraga nangka..
Punya famili ahlinya lima..
Dua hawa tiga jejaka..

Kerengga buta terlepas di cawan,
Sarang di para ada di mana;
Tiga cahayamata emas tempawan,
Seorang dara dua teruna.

Melata tetenun di pasu usang,
Sebelah kaki tidak berbulu;
Mencipta pantun diwaktu senggang,
Itulah hobi sejak dahulu.

Sayur peria diikat jerami,
Tumbuh kepayang dirumput mati;
Syukur saya mendapat suami,
Sungguh penyayang dan lembut hati.

Buru landak dimalam raya,
Nasi impit kuah ketupat;
Baru menapak di alam maya,
Mengisi masa mengasah bakat.

Cerita ditonton pesona semangat,
Ada drama kisah yang sayu;
Ku cipta pantun kerana minat,
Dimasa yang sama mengasah IQ.

Cenderawasih berkepak jingga,
Lama menanti bertahun turun,
Terimakasih yang tidak terhingga,
Kerana sudi berpantun-pantun, 

Blog ni actually blog orang veteran...boleh tahan....remaja purbakan...lagu-lagu pun lagu zaman lagenda tahun lima puluhan. Silalah komen duhai rakan-rakan, kalau ada yang terguris perkataan, usahlah disimpan...

Terimakasih si daun keladi, sama-sama masih boleh berpantun lagi....sedikit cerita tak boleh banyak, kalau nak tahu kenalah rajin-rajin semak ya....maaf jika ada bahasa yang terkalih... anda semua boleh.

Salam ukhuwah dari saya. ^^, thank you so much.


Kalam berpena...

UmmiAin



10 comments:

  1. bunga mawar cantik mengembang,
    hingap seekor kupu-kupu jantan,
    dari jauh saya terbang,
    datang ke sini membawa persahabatan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang Sabtu meredah hutan,
      Bayu berpuput awan kehitaman;
      Datang bertamu menambah persahabatan,
      Daku menyambut dengan senyuman. :D

      Delete
  2. pertama kali membuat lawatan
    tanda kak kurma manis membalas kunjungan
    membuat diriku terus tertawan
    tanda menyambung persahabatan yang dihulurkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang hari menggalas berangan,
      Raga muatan di tepi kemudi;
      Datang kemari membalas kunjungan,
      Moga persahabatan kekal abadi.

      Delima putih bersama manggis,
      Kerap dijirus dipagi hari;
      Terimakasih kak kurma manis,
      Harap terus sudi kemari.

      Delete
  3. Lantun-lantun terlompat-lompat,
    Terasa penat terus berhenti;
    Sama berpantun selagi sempat,
    Hanya sekadar berhibur hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cahaya senja di balik awan,
      Masih menonton cerekarama,
      Saya teruja mendapat kawan,
      Boleh berpantun bersama-sama.

      Delete
  4. Sama berpantun sama menyanyi
    Sambil berpantun perkenal diri
    Hamba berkelana di Selangor ini
    Ada masa inshaaAllah selalu ke sini

    Seronok singgah sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segar didandan indah si dayang,
      Rebab dipalu langkah ditari;
      Tikar pandan sudah dilayang,
      Harap selalu singgah kemari.

      Tidak Cik Maimun terasalah sunyi,
      Menunggu sidia dengan keluhan;
      Hendak berpantun kenalah bernyanyi,
      Lagu lagenda zaman lima puluhan.

      Kalau seronok kenalah ikut nyanyi... :)

      Delete
  5. main pondok atas para
    takut jumpa kerengga
    ada hati sendal juga
    harap isinya akan diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumbuh mangga di luar konti,
      Delima dicari di atas para;
      Sungguh bangga berbesar hati,
      Ku terima Suri dengan gembira.

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^