Wednesday, January 30, 2013

Pantun Malas Ke Segan..


Salam bahagia berulas-ulas senyum, syukur alhamdulillah dapat juga membuat pantun. Kali ini tentang malas atau segan...nampak macam sama makna tapi punya dua maksud yang berbeza...

Sudah semestinya perkataan malas tu sesuatu yang negatif tapi adakalanya boleh digunapakai..tapi, kalau asyik malas dan segan.. akan dicap orang sebagai PEMALAS atau PENYEGAN, kasar bunyinya kan,..pemalas ni ialah orang yang tidak mahu membuat sebarang kerja manakala penyegan pula serupa juga...tapi kalau malas itself bermaksud tak nak buat kerja, taknak ikut campur sedangkan segan pula adalah malu untuk berbuat sesuatu...apapun Ummi bukanlah guru tapi kalau nak tahu rujuklah buku.... =D



Jom kita berpantun... jangan segan-segan ye.. =D


Kain alas menutup pinggan, 
Kacau taucu periuk pun hangus; 
Mungkin malas bermaksud segan, 
Kalau nak tahu rujuklah kamus. 

Segelas besar minuman serbat, 
Pergi pekan menjaja tauhu, 
Malas belajar terima akibat, 
Hidup segan kerja tak mahu. 

Bekal pulut di waktu pagi, 
Galas kail mencari perahu; 
Berbuih mulut teguran dibagi, 
Malas dan degil sendiri tahu. 

Makan anggur satu persatu, 
Kemudian ditala laksa Penanti; 
Hajat menegur dara di pintu, 
Segan pula rasa dihati. 

Beras usang jangan disantap, 
Dibasuh lama dibaca selawat; 
Malas sembahyang iman tak tetap, 
Runtuh agama dosa terbuat. 

Makan papaya di tepi pagar, 
Duduk mengupas sambil menunggu; 
Bukan saya tidak mendengar, 
Cuma malas nak ambil tahu. 

Daun mempelas bukan selalu, 
Ketupat raya santan berlumur; 
Bangun malas makan tak lalu, 
Alamatnya tuan kependekan umur. 

Jemu berdiri duduklah cikgu, 
Kelas sebelah di mana jalannya; 
Ilmu dicari janganlah ditunggu, 
Malas sekolah bagaimana persoalannya. 

Bermula guruh hujan pun tempias, 
Taji nipah terkena bahu, 
Bila disuruh badan pun malas, 
Dijanji upah barunya mahu. 

Angan dahulu kerjanya enggan,
Sehari mengelamun mengigil dagu;
Jangan malu usah segan-segan,
Mari berpantun sambil berlagu.

Penyamun malas rasa tempias,
Lelah mendakap di pagi hujan;
Pantun beralas bahasa berkias,
Salah dan silap sudi maafkan.


Haha...tudiaa pantun, kalau nak diukur kemalasannya, memang banyak perkara malas, jangan biarkan tahap malas tu di peringkat yang kritikal, buruk padahnya, jangan malas-malas, segannya tak mengapa, malas dan segan biar kena pada tempatnya, malas pula jari ni nak taip banyak-banyak, kalau malas-malas tu tahulah akibatnya, jangan pula malas nak berfikir, dan kenapa pula nak disegankan...fikirkanlah, yang mana satu, MALAS ke SEGAN...ok, sekian sampai jumpa lagi ya, assalamu'alaikum. =D



Kalam berpena.....

UmmiAin

30 comments:

  1. mama ni mesti geng2 tehramuan kan, suka berpantun. bagus2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng tu tak jugak.tapi pengikut setia..hehe, tq Mr Effortlab =D

      Samseng jalanan sudah dihukum,
      Lama memberi takut beriya;
      Geng bukan kenal pun belum,
      Cuma menjadi pengikut setia.

      Delete
    2. betul2, hehe suka sangat berpantun. best2

      Delete

    3. Kebaya Pura bersulam tanjung,
      Hendak membuka langkah bersantun;
      Saya gembira tuan berkunjung,
      Kalau dah suka jomlah berpantun. =D

      Delete
    4. Kata orang kita suka,
      Kadang kala menjadi duka,
      Saya bukan reti segala,
      Kunjungan dibalas dengan pantunnya.

      Delete
    5. Delima putih di dahan lama,
      Daun strawberi tumbuh di telaga;
      Terimakasih tuan bernama,
      Pantun diberi sungguh berharga.

      Tanam sirih di pagar duri,
      Pesona wangi si tanjung-tanjungan;
      Terimakasih empunya diri,
      Kerana sudi berkunjung-kunjungan. =D

      Delete
  2. salam..
    klu segan kata oeg sesat jalan camner tu hee..payahle klu malu2 ni nak berjaya pun susah.

    sisi sy mohon maff sb lewat bls kunjungan. sy dah beberapa kli masuk blog ini tpi tak semoat tinggalkan komen gara2 bos ada kt pjbt mgu ni huhu.insyallah ada masa sy akan ke sini lgi.

    terima ksh kerna sudi menjejaki blog sy sungguhpn sy agak lewat mmblas kunjugan.btw sy amat hargai kehadiran sis.terima ksh skli lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaju biru bersulam labuci,
      Sedari tadi bertemu si dia;
      Sungguh terharu mencengkam hati,
      Suri menjadi tetamu setia.

      Hijau lada bergaul bawang,
      Terkena mata kelam bertahun;
      Kalau ada masa terluang,
      Bersama kita menyulam pantun.=D

      Delete
  3. klu malas sllu org tak suka sb klu dpt pekerja cam ni pun org akan buang sb tak ringan tulang langsung huhu..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Petik jambangan dihari Isnin,
      Daun mempelas tinggi merimbun;
      Asyik berangan bagai Mat jenin,
      Sekali malas rugi bertahun.

      Delete
  4. apa blh dibuat kena lah ubah cara hdup mls pad rajin..

    malu pd berani tapi mesti bertempat

    ReplyDelete
    Replies

    1. Alas baldu hampar berlipat,
      Gaya dicelup berpangkal seni;
      Malas dan malu biar bertempat,
      Supaya hidup kekal harmoni.

      Delete
  5. Batu bata tepi tangga,
    Buat alas timba baldi;
    Begitu kata orang tua;
    Siapa malas selalu rugi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angkat tungku di Subuh pagi,
      Ikan disampan untuk peraman;
      Nasihat cikgu sungguh berbagi,
      Akan disimpan buat pedoman.

      Delete
  6. Nak berpantun, tapi idea tak mai.. hehe.. nak malas boleh, tapi jangan menyesal bila dah rugi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silau mentari beralas hari,
      Pintu senja cahaya pantai;
      Kalau jari malas menari,
      Tentu saja idea tak mai.

      Tenkiu anyhow tuan nama..saya teruja.. =D

      Delete
  7. Singgah ke pasar ada temannya
    Berhenti sebentar di dalam taman:
    Kalau malas ada penawarnya,
    Mari berdoa kuatkan iman.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Halau kenari tempias di gua,
      Serbuk lada lunak suara;
      Kalau sendiri malas berdoa,.
      Tepuk dada tanya selera.

      Delete
  8. dari awal lagi memang segan silu nak berpantun dengan mama otai pantun ni hehe..

    Daun ketum daun semalu,
    kalau di sentuh merbahaya,
    mula-mula segan silu,
    lama-lama macam best pula..

    haha.. saya hentam lagi ummi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantiknya pantun Donny.. =D

      Petai masak dipipil dimakan,
      Rimbun delima kerana baja;
      Otai tidak ahlil pun bukan,
      Pantun cuma biasa-biasa saja.

      Delete
  9. Dianyam mengkuang menjadi tikar
    Tikar cantik kesukaan Abah
    Membuang malas memanglah sukar
    Andai diri enggan berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun mempelas telah dibakar,
      Rebah ke tanah seberat usia;
      Membuang malas memanglah sukar,
      Sudah lumrah tabi'at manusia.

      Delete
  10. Secara xsengaja terjumpa blog yang cantik, menarik dan unik ini. Terpikat hati.
    Xla pandai sgt berpantun tapi sgt suka bila pantun, warisan melayu menjadi asas utama blog ini. Saya cuba mengikut tema...

    Pisang emas diatas peti.
    Peti ditinggal ditepi jalan,
    Blog indah memikat hati,
    Salam ukhuwah tanda perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian sebiji baru dibeli,
      Delima putih dibelah sembilan;
      Tuan memuji terharu sekali,
      Terimakasih seindah bulan.

      Bertanam buah di tanah gambut,
      Lelah menghambat pagi yang terang;
      Salam ukhuwah hamba menyambut,
      Bertambahlah sahabat lagi seorang. =D

      Delete
  11. lau org utara penyegan tu lebih kurang macam pemalas.. lau tak, segan tu mcm malu.. lau tak salah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu Fieza, penyegan dengan segan maksud berbeza.. =)

      Delete
  12. Nie pantun saya style hentam sajeee lah :

    Bunga teratai mekar di laman
    Ingin ku petik buat tersayang
    Mula2 kenal, rasa segan-segan
    dah lama kenal, malas pula nak layan.. g



    ReplyDelete
    Replies
    1. Lemang sekaki di balik pintu,
      Sudah tercemar kena tempiasan;
      Memang lelaki semua begitu,
      Mudah benar terasa bosan.=D

      Delete
    2. Cahaya suram dari dian,
      Jauh berbalam dari tempatnya;
      Tidaklah semua lelaki demikian,
      Memang adat cacat celanya

      Delete
    3. Demang Lebar bertemu Cik Puan,
      Pesona ratu punyalah serlah;
      Memang benar katamu tuan,
      Sempurna itu hanyalah Allah.

      Lantai beralas si tikar pandan,
      Semut mati tertekup baldi.
      Segan dan malas biar bersempadan,
      Takut nanti hidup tak menjadi.

      Tq En Hanafi.. =D

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^