Monday, January 28, 2013

Pantun Lembab Dan Lembap..


Salam hormat buat rakan-rakan pemantun dan pembaca budiman serta anggun...kali ini Ummi letakkan entri baru tentang dua nama lebih kurang sama tapi lain eja.  Makna pun lain-lain, kalau tak berhati-hati penggunaan perkataan yang sama ataupun nak cepat boleh menjadi salah maksudnya.  Cuba perhatikan betul-betul, LEMBAB dan LEMBAP, tak samakan...lain maknanya.. :D



Contohnya ayat yang berbunyi , seekor siput sedang merayap dengan lembabnya di tanah yang lembap..betulke tak ayat ni cikgu..kalau salah harap betulkan ya.. :)


Haa...nindiaa..jom kita berpantun.. :D

Gelama masam rasanya masin, 
Kuala cetek menunggu perahu; 
Sama semacam maksudnya lain, 
Bila ku belek baru ku tahu. 

Kebab dan karipap seakan sama,
Rasa tak jemu makanan berinti;
Lembab dan lembap berkembar nama,
Yang mana satu pilihan hati.

Sebab bukan sebarang sebab, 
Terkena duri papan melantun; 
Lembab bukan seorang lembab
Kerana diri bersopan santun. 

Kaca menghempap terkena badan, 
Merah bertanda terbujur ngeri; 
Cuaca lembap kerana hujan, 
Pasrah dan redha syukur diberi. 

Nampak lelah tercungap sedikit, 
Badan letih rehat di bangku; 
Lembab tidaklah dianggap penyakit, 
Banyakkan berlatih tingkat IQ.

Sudah gelap di waktu fajar,
Mengapa kuala masihkan menunggu;
Masaalah lembab di kalangan pelajar,
Apa pula tindakan cikgu.

Karipap Pak Bai terasa inti, 
Lemak berkrim dicampur tairu; 
Lembab Unifi terpaksa menanti, 
Hendak mengirim entri yang baru. 

Makin direntap tangan mencapai,
Bawa pedati mati sang kerbau;
Stokin lembap jangan dipakai,
Takut nanti kaki berbau.

Pandai berperang jasa terbuku,
Staff platun berpangkat sarjan;
Andai terkurang bahasa pantunku,
Maaf ku pohon selebat hujan.


Sebenarnya banyak lagi perkataan yang hampir sama ejaan tapi berlainan makna, tak kurang juga yang terkeliru dengan penggunaan perkataannya, Ummi rasa ramai rakan-rakan di luar sana yang lebih mengetahui, apapun bahasa Melayu bahasa ibunda, di mana jua boleh pakainya....sekian sahaja, cukup sampai di sini dulu ya, sampai jumpa lagi.....assalamu'alaikum.



Kalam berpena...

UmmiAin


23 comments:

  1. aku suka juga cuaca lembap dan berangin...
    :D

    menarik juga pantun - pantunnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delima putih sajian puteri,
      Kerap berjasa pandang tak jemu;
      Terimakasih pujian diberi,
      Harap sentiasa datang bertamu. =D

      Delete
  2. selamat malam UmmiKami...

    makan durian di atas meja,
    kucing pula tersenyum sendiri,
    walaupun dua-dua bunyi sama,
    cuaca lembab tetap pilihan hati...

    haha.. saya hentam lagi ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat malam to u too Donny..

      Delete
    2. Kanta lekap pakaikan teliti,
      Takkan disentuh mata empunya;
      Cuaca lembab pilihan hati,
      Jangan suruh dikata orangnya.

      Tq Donny.. =D

      Delete
    3. kan dah salah tu..cuaca lembap not cuaca lembab...
      bukan confuse tapi cuai, tak jalan fuse..hihi

      Delete
  3. Tanah lembab bertanam pisang,
    Mari ditebas pokok rambutan;
    Budak lembab duduk belakang,
    Yang cerdas pintar mara ke depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepak lembap rusuk nak lekang,
      Jatuh ke batu di tepi pantai;
      Budak lembab duduk belakang,
      Kalau macamtu bila nak pandai. =D

      Delete
    2. Cikgu Teh pun sama...tanah lembap jadi tanah lembab,
      mintak maaf ya cikgu...dh confuse dh...kan saya dah kata..hehe =D

      Delete
  4. Replies
    1. Salam perkenalan dan salam ukhuwah buat kamu juga =D

      Delete
  5. Ke pasar minggu membeli kebab,
    Untuk dijamu kepada pelawat;
    Kalauku rasa diriku lembab,
    minta doa dan terus berselawat.

    Insya Allah itu penawar yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Membeli kebab di pekan jaja,
    Timun seperiuk kerang sepeti;
    Diri lembab bukan sengaja,
    Mohon petunjuk penerang hati.

    InsyaAllahhh..

    Badan lesu bermata sembab,
    Jalan bertuntun ubat dibeli;
    Kalau dirimu dikata lembab,
    Masakan pantun hebat sekali. =D

    ReplyDelete
  7. Tanam pokok siram baja;
    Pokok rambutan berbuah lebat
    Pantunku ini biasa sahaja,
    Mana mungkin menjadi hebat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau berembun sibunga kemboja,
      Sungguh pesona diri perhati;
      Walau pun pantun biasa sahaja,
      Penuh bermakna sari berinti.

      Delete
    2. Terimakasih dedaun keladi,
      Kalu boleh komen lah lagii.. =D

      Delete
  8. tm di sini lembab hee kt opis klu dpt balas ke blog kwn rasa slow juga tpi syukur sb mh dpt balas rakan2 kmbli

    ReplyDelete
  9. kalau pakai baju yg lembab kata org nnti perut skit huhu..terus mau pi tandas buang air besar heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampu malap di celah tangkai,
      Pasti terlena diapit irama;
      Baju yang lembab jangan dipakai,
      Nanti terkena penyakit selsema.. =)

      Delete
    2. Haa..tuu, kan dah salah guna perkataan, sepatutnya baju yang lembap, bukan baju lembab... =D

      Delete
  10. lembab ni klu d guanakan blh baut org kata kini ni ckp kasar huhu...itu klu org tu mudah sensetif..salah tafsir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Suri...

      Rumput lembap siang basahnya,
      Ikan memparang mati terluka;
      Siput lembab memang fitrahnya,
      Mengatakan orang nanti tak suka.

      Delete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^