Tuesday, January 15, 2013

Pantun Ku Jual Silalah Membeli..



Salam berpantun, buat anda yang pakar berpantun..sudi-sudikanlah membeli, pantun sudah ku jual...
entah siapa yang membeli awal. :)


Ternampak gelang ukiran mawar,
Ada di Pudu dibalutkan harga;
Hendak ku pulang terasa tawar,
Kerana rindu ku turutkan juga.

Indah awan hari tersenyum,
Cahaya putih dibelah mega;
Sudah bercawan kopi ku minum,
Kenapa masih terasa dahaga.

Berkenan puteri dari Malibu,
Lelah teruna terus menanti;
Di kanan suami di kiri ibu,
Sebelah mana harus diikuti.

Pulang Kuantan sampai Kemaman,
Gempa bumi gegar terasa;
Gelang intan ku pakai di tangan,
Mengapa kini bertukar suasa.

Buah kepayang segalah tinggi,
Jatuh merata di jalan selasih;
Kasih sayang berbelah bahagi,
Adakah dikata intan terpilih.

Kelapa hutan di balik bukit,
Batu bertangkup di hutan simpan;
Mengapa keburukan yang cuma sedikit,
Mampu menutup selautan kebaikan.

Pantun dibina sedikit sahaja, tak boleh panjang berjela kerana masa tak mengizinkan saya, kalau banyak sangat nanti tak sempat nak buat.. =)

Ya...sekarang kita lihat siapa yang kena..saya hanya bergurau senda, silalah membeli jangan malu pula.
Sedikit sahaja salahnya tidak megapa, kalau tak tahu bertanyalah pada yang pakarnya..kan ada ramai di sana. Jadi..apa ditunggu apa di nanti, sudi-sudikan membeli ya....... :D



Kalam berpena...

UmmiAin


43 comments:

  1. tetiba teringat pada pantun pak malau
    hehe

    Bertanam padi keliling rumah,
    Bertanam tebu di pinggir kali;
    Hidup hamba sering perpindah,
    Bagaimana mahu menerima budi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ladang tebu di pinggir kali,
      Petai dicari di serata rimba;
      Datang bertamu bukan sekali,
      Sebagai penyeri di teratak hamba. :D

      Rimbun redup jaring ditadah,
      Padi subur menanti dituai;
      Walaupun hidup sering berpindah,
      Budi ditabur bakti disemai.


      Delete
    2. Hijau kemumu cantik dibantun
      Diambil dinda bawa berkelah
      Lunak madahmu bersulam santun
      Bolehkah kiranya hamba mencelah?

      Delete
    3. Santun muslimah anak En Sidek,
      Mulalah mula cuba diganggu;
      Pantun Naimah lunak dan cantik,
      Silalah sila hamba menunggu..

      Delete
  2. Ambe nak cuba beli jugaklah...walaupun tak pandai berpantun =)

    Terumbu karang warisan negara
    Pulau Redang indah pantainya
    Kasihkan Ibu membawa ke syurga
    Sayangi suami hidup bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih kelabu disimpan juga,
      Diberi tali hendakkan jerami;
      Kasihkan ibu jalan ke syurga,
      Isteri mithali taatkan suami.

      Dupa berasap abu berderai,
      Bertemu sudah badan dan nyawa;
      Siapa cakap kamu tak pandai,
      Pantunmu indah tusukan jiwa.

      Twerima kasih Hafiz.. :D

      Delete
    2. Sayang selasih hamba turutkan
      Kerana kasih cinta berkembang
      Hamba berpantun bukan-bukan
      Mohon diajar pagi ke petang

      Delete
    3. Rimba dan hutan kembar merimbun,
      Bertahun menunggu masih lah samar;
      Hamba bukan pakar berpantun,
      Inipun Cikgu Teh yang ajar.:D

      Delete
    4. Terimakasih Hafiz sebab berpantun dengan akak.. :D

      Delete
    5. gugur daun di atas ranting,
      tegak berdiri pohon sena;
      ilmu itu sangatlah penting,
      perlu dicari walau dimana.

      woohoooo kak ummi :D

      Delete
    6. Yuhuuu hafiz...:)

      Jeringnya dijamu dicecah kerutup,
      Pegaga sekentut cari di mana;
      Pentingnya ilmu sudah termaktub,
      Hingga dituntut ke negeri Cina...

      Delete
  3. ikut hati kepangkuan keluarga
    rasa itu lebih bahagia
    isteri yg baik tidakan menderhaka
    itulah sejati sampai ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri bertakhta di Inderaloka,
      Teringatkan harum sibuah mangga;
      Isteri derhaka Allah Taala murka,
      Takkan cium baunya syurga.

      Delete
  4. datang ke hulu mencari kawan
    kawan di cari bukan satu pergaduhan
    memang yang buruk orang akan ceritakan
    perkara yang baik sukar orang nak kisahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dara duduk di celah sampan,
      Hendakkan gula kopi dibancuh;
      Perkara buruk eloklah simpan,
      Kebaikan pula menjadi contoh.

      Delete
  5. Awak semua betul - betul pandai bermain pantun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delima putih terpaksa disaji,
      Dibelah puan berkembar lima;
      Terimakasih kerana memuji,
      Jemputlah tuan berpantun bersama. :D

      Selamat datang dan salam perkenalan.

      Delete
    2. gugur bersemi daunan genia,
      semak samun tumbuh merimbun;
      kakak ummi geliga berkarya,
      boleh ajar saye berpantun?

      Delete
    3. Meruntun bumi turun berhujan,
      Runtun rasa tiadalah hangat;
      Pantun kak Ummi pantun warisan,
      Pantun biasa apalah sangat.

      Muara berkelodak muara berbatu,
      Pipit turun dipipiskan lada;
      Bicara kakak bicara sewaktu,
      Hafiz berpantun rintisan muda.

      Nangka muda di perahu layar,
      Terasa-rasa memakan nasi;
      Jika anda mahu belajar,
      Perkasa bahasa banyakkan koleksi.

      Terimakasih Hafiz =D

      Delete
  6. Pantun yg dijual harap dibeli..

    tajuk: perpaduan kaum

    tegak berdiri pohon berangan,
    pokok cemara tumbuh merendah;
    hidup bersatu negara aman,
    mengapa ada berpacah belah?

    tajuk: patriotisme

    bintang pagi indah berseri,
    cahaya suria menerangi maya;
    mengaku diri patriot pertiwi,
    apa buktinya tersemat di jiwa?

    silalah menjawabnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serangkap dilayang sudah dibeli,
      Harap datang kembali lagi...

      Tajuk perpaduan kaum~

      Mengapa lada berencah sulah,
      Buat merebus sekotak petai;
      Mengapa ada berpecah belah,
      Niat yang telus tidak dipakai.

      Tajuk patriotisme~

      Menunggu sehari menjerut kiwi,
      Kini menanti tekukur jawa;
      Mengaku diri patriot pertiwi,
      Berani mati luhur di jiwa.

      Hamba dah jawabbb...=D



      Delete
  7. Assalamualaikum pembuka bicara
    keluarga sempurna adalah bahagia
    keluarga penting diseluruh negara
    semua pantun pantun cantik belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam bicara bersambut...

      Pandai menyelam di muara susut,
      Muara berbatu tempiasan ombak;
      Sampai bersulam bicara bersambut,
      Bicara Melayu warisan sejambak.

      Terimakasih Azmarinie...datang lagi ya =D

      Delete
    2. Terbang bebas burung tempua,
      Hidup subur serai merumpun;
      Salam sejahtera kepada semua,
      Hamba juga mahu berpantun.

      Assalamualaikum..

      Delete
    3. Wa'alaikumsalam..

      Mulai kelam rimba berasap,
      Pulau Tambun menyerlah petang;
      Wa'alaikumsalam hamba menjawab,
      Kalau nak pantun kenalah datang.

      Delete
  8. api terang banyak asapnya
    masuk ke bilik tersesak-sesak
    langkah geli rasa hatiku
    melihat nenek bergincu berbedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basah gua basah terselak,
      Dibelek pun serangga ada;
      Usah ketawa usah digelak,
      Nenek pun nak juga muda....hehe

      Delete
  9. Secara jujur, saya sangat suka baca pantun dlm blog ummi.. bukan setakat rima hujungnya cantik, malahan rima tengahnya cukup molek... harap boleh saya jadikan pantun ummi sbg rujukan..terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Fikri....kak Ummi teruja atas pujian anda...... :)

      Delete
  10. nice blog and nice langguage,, how beautiful it is... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Zulaika....jom kita berpantun . :)

      Delete
  11. Silalah singgah di blog pantun saye http://writhethefuture95.blogspot.com/2013/03/koleksi-pantun-soalan.html

    ReplyDelete
  12. mak munah pergi ke perigi ,
    pergi bersama anaknya siti ,
    tuntutlah ilmu setiap hari ,
    untuk kesenan diri sendiri ,

    ReplyDelete
  13. Air telaga sejuk sekali,
    Anak dara mandi di kali,
    orang tua kita hormati,
    Orang muda kita sayangi,:)
    ^_^;-)

    ReplyDelete
  14. Hijau kemumu cantik dibantun
    Diambil dinda bawa berkelah
    Lunak madahmu bersulam santun
    Bolehkah kiranya hamba mencelah?

    ReplyDelete
  15. Duduk termenung seorang banduan,
    tersilap langkah dihukum sebat;
    Usaha membawa kejayaan,
    murid malas apakah ubat?

    ReplyDelete
  16. Duduk termenung seorang banduan,
    tersilap langkah dihukum sebat;
    Gigih usaha membawa kejayaan,
    murid malas apakah ubat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. inai diletak lekas merah,
      putera melihat disapa nyonya,
      murid malas jangan dimarah,
      diberi nasihat agar dikenangnya.

      Delete
    3. pakai lekas inai merah,
      letak di rambut harus teliti,
      murid malas jangan dimarah,
      tegur lembut terus dituruti.

      Delete
  17. inai diletak lekas merah,
    puteri melihat disapa nyonya,
    murid malas jangan dimarah,
    diberi nasihat agar dikenangnya.

    ReplyDelete
  18. Boleh bag I pembayang.sama rima tengah dan hujung.
    MENGAKU DIRI PATRIOT SEJATI
    ADAKAH TERSEMATMD DI DALAM JIWA?

    Terima kasih daun keladi,
    Lain Kali tolong lagi

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^