Sunday, January 6, 2013

Pantun Ummi Ada Lagu 1


Salam hurmat nada berbunyi, lagu Melayu irama asli..kini telah kembali....jom kita dengar pantun halwa telinga..yang Umi olahkan tajuk lagu menjadi pantun, kalau nak dengar lagunya, kenalah 'click' tajuk lagu yang diberi..ye... ^^,



Pekan Meranti mula berbunyi,
Keringat membawa lori kontena;
Bisikan hati di kala sunyi;
Teringat peristiwa memori mana.

Basah peti dihempap kelapa,
Ada terbelah di empat bucu;
Patah hati sebabnya apa,
Kepada Allah tempat mengadu.

Taman Melati selisih pangsapuri,
Bukan cuma tanda di seberang;
Teman pengganti boleh dicari,
Manakan sama bonda seorang.

Retak balang di dalam guri,
Terbelah atap tidak terbawa;
Tak hilang cinta di dalam diri,
Allah tetap bersemarak di jiwa.

Sudah surut banjir di Linggi,
Luar tempias tiada hujan;
Usah diturut mungkir berjanji,

Lidi dihimpun bersambung talian,
Silalah beli jangan ditanya;
Itulah bakti nilai sebenarnya.

Terbelah lima sampan terbuka,
Asap keluar lautan hangus;
Telah lama menyimpan duka,

Tutup badan sejuk di mata,
Keluar ke pekan membeli petai;
Sabar dan iman menjadi pakai.

Sirih bertepak secangkir pinang,
Makan berhajat masih tergantung;
Ikan terjerat beroleh untung.

Lentuk dahan membawa arah,
Tumbuh nangka bukan dipinta;
Untuk menahan kecewa marah,

Seribu kekwa gugur merata,
Daunan redup berseri bunga;
Perjalanan hidup dipagari Syurga.

Ambil penenun di dalam kelambu,
Gebar putih sekali dibawa;
Sambil berpantun bersulam lagu,
Agar yang sedih kembali ketawa.

Sebenarnya banyak lagi lagu-lagu yang boleh di garap dalam pantun, cuba 'try' buat serangkap..
Pantun saya hanya pantun sederhana.....anda juga boleh mencipta....silakan pemantun yang bijaksana..^^,


Kalam berpena...

UmmiAin 


9 comments:

  1. Berbunyi sudah lori kontena,
    Mula bekerja di pagi hari,
    Termenung sendiri di hujung jendela,
    Teringat kekasih membawa diri.

    Dengan Allah kita bicara,
    Luah segala rasa hati,
    Patah hati terluka jiwa,
    Mengenang nasib pelajar sendiri.

    Terkedek-kedek si itik nila,
    Dikejar kucing keliling rumah,
    Bonda satu dalam dunia,
    Jangan menengking mahupun marah.

    ReplyDelete
  2. Pantai Tanjung terang sehari,
    Ombak memecah bernada murka;
    Andai termenung seorang diri,
    Kelak menambah duka terluka..

    Basah titi arus perkasa,
    Pagar melimpah sekali hujan;
    Usah hati berputus asa,
    Sabar dan tabah menjadi teduhan.

    Puitis indah bertinta kelabu,
    Kalam tulisan sebidang lebar;
    Setitis tumpah airmata ibu,
    Sedalam lautan di Padang Mahsyar.

    ReplyDelete
  3. Indahnya pantun2 yang digarap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Kakcik... pantun biasa ja tak seberapa :)

      Delete
  4. Andai kata serai berbunga,
    Teratai layu di tasik madu;
    Aku ada kerana kau ada,
    Kasih sepi seorang perindu.

    ReplyDelete
  5. Teratai layu di tasik madu,
    Mengapa sukar untuk setia;
    Andai ku tahu pahit hempedu,
    Mengapa sepi tanpa berita. :D

    ReplyDelete
  6. apa guna berjanji
    wajah siapa dihatimu
    bawalah daku pergi
    akulah kekasihmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu rela ku pujuk,
      Rinduku tiada berteman,
      Bila kekasih mula merajuk,
      Rindu rinduan jadi kenangan.. :D

      Delete
  7. maaf admin,saya mohon keizinan share pantun yang ada di wall ini. sekadar untuk berkongsi,tiada niat untuk meniru...tq (^_^)

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^