Thursday, December 6, 2012

Pantun Suami Idaman Hawa..

Assalam...buat pemantun-pemantun dan pembaca yang budiman...pantun ku tega untuk si hawa...
pantun dikarang impian menjelma....semoga gembira dan terhibur semuanya....


Jangan dikesal malam tiada..
Lelah berduka dendaman tiba..
Keimanan tebal di dalam dada..
Itulah jejaka idaman hamba..

Markisa harum pasti terserlah..
Sepi hutan pepohon rebah..
Sentiasa tersenyum seperti Rasulullah..
Menghadapi dugaan namun tabah..

Semadi hati syukur padaNYA..
Belah qolbu membantu sedia..
Budi pekerti ukur taranya..
Insyallah itu penentu bahagia..

Ralat penat mengangkut bijana..
Berhari duka piluan membawa..
Solat sunat turut dilaksana..
Ciri jejaka impian hawa..

Susah senang masa mengharum..
Pilu getir diuji tahan..
Berwajah tenang sentiasa tersenyum..
Selalu berzikir memuji Tuhan..

Dingin senja kenangan merekah..
Ralat sendu hendak menyapa..
Rajin bekerja ringan bersedekah..
Solat fardhu tidak dilupa..

Hendakku kirai timbunan sampah..
Mangga pulak melayang di mata..
Tidakku nilai ketampanan wajah..
Juga tidak pada yang berharta..

Matinya rusa lagi dibelah..
Pekat darah berwarna merah..
Hatinya sentiasa memuji Allah..
Bersifat pemurah sederhana sudah..

Tampan teruna pembawakan ibu..
Laksana putera Indera bangsawan..
Bukan kerana desakan kalbu..
Pesona suara melara Al Quran...

Tersungkur laksamana tikaman padu..
Kisah tegang juah si Jebat..
Bersyukur kerana idaman kalbu..
Sudah ku pegang sudah ku dapat..


Apapun...jodoh itu di tangan DIA...semoga yang berseorangan akan berpasangan....


Kalam berpena..

UmmiAin 

2 comments:

  1. Kalau rapat hujungan tali,
    Tali dipintal di atas papan;
    Kalau tak dapat idaman hati,
    Usah menyesal merana badan.

    ReplyDelete
  2. Kalau lekat kembangan selasih..
    Sekam jangan bercampur padi..
    Sudah dapat jambangan kasih..
    Ku siram dengan penyubur hati..



    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^