Thursday, November 22, 2012

Pantun Berpantun Berjual Beli...


Untuk Tuan Tehramuan...Salam Hurmat...^^

Dendam si Tuah gundah berhari..
Langkah selamba santun berani...
Salam ukhuwwah merendah diri..
Bolehkah hamba berpantun di sini...

Madah irama samba menari..
Jebat meruntun tiada berani..
Sudah lama hamba mencari...
Sahabat berpantun ada di sini..

Kuala Deli meruntun nurani..
Sembah melayu adat berisi..
Sila membeli pantun ku ini..
Menambah ilmu buat koleksi..


Lihatlah pantun ku ini, semuanya berakhir dengan bunyi 'i'..macam syair... =D


Kalam berpena..

UmmiAin 

6 comments:

  1. Berbutang baju kebaya labuh,
    Kerongsang suasa cantik berseri;
    Kalau demikian dikata sungguh,
    Segera hamba menghadirkan diri.

    ReplyDelete
  2. Luluh daya bersama sedih..
    Pesona budi santun rohani..
    Sungguh saya berterima kasih..
    Kerana sudi berpantun di sini..

    ReplyDelete
  3. Cantik mawar cantik berduri,
    Salah pegang merana diri,
    Berpantun tidak hamba reti,
    Macam budak baru berdiri.

    Ekekek....pantun tunggang langgang dari ku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...

      Dupa berasap kemenyan sepeti,
      Harum bertemu puteri delima;
      Siapa cakap tuan tak reti,
      Pantunmu penyeri bunga.=)

      Delete
  4. Bulan terang di waktu malam,
    Ada bintang di langit tinggi,
    Mari berpantun dengan alam,
    Sekadar untuk berhibur hati

    ReplyDelete
  5. Kerana fitnah tuah dihina,
    Kembali ke Melaka adanya bencana,
    Salam ukhuwwah ku sambut gembira,
    Mari berpantun kita bersama.

    Jebat sahabat satria ,
    Fitnah tuah buatnya derita,
    Laman terasa berseri,
    Rupanya sahabat sudah lama ke mari.

    Jari mengetik button berbunyi,
    lham mencurah seakan menyanyi,
    Pantun dan syair terus di menyeri,
    Bersama kita berkongsi koleksi.

    Nukilan JiWa:
    JaWanis@ain(Nor AZah)
    9:52pm09042013

    ReplyDelete

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^