Friday, October 19, 2012

Pantun Istimewa Santapan Jiwa..





Assalamu'alaikum dan salam sejahtera paling manis buat pembaca sekelian....kali ini Ummi postkan ciptaan pantun istimewa yang Ummi ingin share dengan pembaca dan Ummi copypastekan dari JIRAN SE BELAH yang memang Ummi tabik dengan tuanpunya pantun ni walaupun tidak sama dengan air nada pantun ciptaan Ummi.........penuh dengan nasihat berbentuk keislaman......semoga tuan punya pantun di atas ini mendapat berkat dan sentiasa dimurahkan rezekinya....amin....^^

Jom kita berkongsi baca pantun nya ya......

Jenama barangan kulit glamor adalah gucci,
Di usahakan oleh keluarga Pak Dolah,
Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci,
Lidahnya pula sentiasa basah dengan zikrullah

Kerana rumput lembu dan kambing bersatu,
Berkongsi makanan tanpa ada kelahi,
Tapi kenapalah umat Islam ini taknak bersatu,
Supaya kita semua mendapat rahmat dan redha Ilahi

Amani AdamMaya Cucu Dato' Barokah,
Cucu tunggal kesayangan Datin Rohaida,
Senyuman akh dan ukhti itu adalah suatu sedekah,
Pemanis ikatan UkhwahFillah Abadan Abada.

Orang pantai timur gelar buah mangga sebagai buah pauh,
Orang Utara pula gelar "timba" yang nama asalnya baldi,
Manusia itu ibarat musafir dalam perjalanan yang jauh,
Menuju ke jambatan Akhirat yang kekal abadi

Jatuh ke lantai retaklah gelas,
Ambil salotep buat tampalan, 
Janganlah adik abang dan kakak bersifat malas,
Kerana ianya sahabat pada kegagalan

Pergi ke market membeli daun pudina,
Untuk diminum bersama teh sabah,
Sedih dan kecewa itu lumrah dunia,
Pengental jiwa melahirkan sifat sabar dan tabah

Barangan sport popular jenama cheetah,
Menjadi kegemaran ahli sukan juga para pelumba,
Ingatlah ikhwah ikhawati hadaf kita sebagai hamba,
Semuanya jelas terkandung dalam doa Iftitah

Musim buah-buahan jom kita ramai2 pergi berkelah,
Eratkan silaturrahim rehat badan fikiran lapang,
Bersyukurlah kita dan Ingatlah sentiasa kepada ALLAH,
Kerana mengingati ALLAH itu melahirkan rasa damai jua tenang.

Indah malam disinari bintang dan bulan,
Dalil kekuasaan Khaliq Yang Maha Bijaksana,
Marilah kita dapatkan Kunci Kemuliaan,
Iaitu patuh taat pada ALLAH dan Habibil Mustafa

Cicit AyahMat namanya Nur Hayati,
Juara pidato peringkat kebangsaan,
Ayuh saudara saudariku kita hidupkan hati,
Dengan berzikir dan tadabbur ketika membaca Al-Quran 



Kalam berpena...( dari JIRAN SEBELAH)

UmmiAin

No comments:

Post a Comment

Salam hormat dari Ummi buat para pembaca dan pemantun yang Ummi sayangi tidak kira usia....

Jemputlah berpantun bersama Ummi dan sama-sama kita memartabatkan warisan nenek moyang zaman berzaman, namun setiap pantun anda hendaklah berkaitan dengan tema pantun yang sedia ada.....setiap pantun Ummi yang dipaparkan adalah hak cipta terpelihara dan sebarang hasrat untuk menciplak sebarang entri di sini hendaklah mendapat keizinan dari Ummi, semua pantun sumbangan anda akan Ummi ukirkan dibuku kenangan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi....terimakasih secawan kopi semanis madu buat anda yang telah menyumbangkan pantun yang amat berharga.... ^^

Santun cantik pasangan mempelai,
Menanti gugup mengadap mertua;
Pantun setitik sumbangan bernilai,
Pasti termaktub meresap dijiwa.... ^^

Turun perangkap menggagau jerat,
Petik kelapa memakai tangga;
Pantun berangkap walau dua kerat,
Tak cantik tak ngapa bernilai berharga.... ^^